Tahniah ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk QS World University Sustainability Rankings 2025

Dalam penilaian terkini QS World University Sustainability Rankings 2025, ¼¯ÃÀÂé¶¹ kini berada di kedudukan ke-2 di Malaysia daripada 29 universiti yang dinilai dan ke-32 di Asia daripada 661 universiti. Ini merupakan peningkatan daripada kedudukan ke-3 di Malaysia dan ke-36 di Asia pada tahun penilaian 2024. ¼¯ÃÀÂé¶¹ juga terus mengekalkan kecemerlangannya dalam kelompok 250 universiti terbaik di dunia.

Selain itu, ¼¯ÃÀÂé¶¹ menduduki tempat pertama dalam kategori Tadbir Urus, kedua dalam kategori Impak Alam Sekitar dan ketiga dalam kategori Impak Sosial di Malaysia.

Pencapaian ini membuka peluang yang lebih luas kepada ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk terus mempelopori dan memperkukuhkan usaha kelestarian kampus, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa, penjimatan tenaga, serta pembangunan penyelidikan inovatif.

Syabas kepada seluruh warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ atas kejayaan ini. Semoga Universiti Watan kita terus melangkah maju menjadi sebuah kampus lestari sepenuhnya menjelang tahun 2030!