HEBAHAN DAN JEMPUTAN KE EKSPO PENDIDIKAN “JOM MASUK 鶹” 2022 鶹SHAPE

Adalah sukacita dimaklumkan 鶹 melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (鶹Shape) buat pertama kalinya akan mengadakan Ekspo Pendidikan Jom Masuk 鶹 2022 pada tarikh dan masa seperti berikut:

 

Tarikh            : 3 September 2022 (Sabtu)

Masa              : 9.00 pagi- 5.00 petang 

Tempat          : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS), 鶹 Bangi

 

Penganjuran Ekspo Pendidikan Jom Masuk 鶹 2022 bertujuan untuk memberi informasi berkaitan program-program akademik yang ditawarkan 鶹 kepada pihak umum bagi ambilan 2022/2023 serta meningkatkan jaringan kerjasama di antara 鶹Shape bersama pihak Fakulti, Institut, Pusat dan pihak Industri luar 鶹.

Sehubungan dengan itu, 鶹Shape dengan berbesar hatinya menjemput semua warga 鶹 untuk bersama-sama hadir ke Ekspo Pendidikan Jom Masuk 鶹 2022 bagi memeriahkan program yang dianjurkan ini.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program berlangsung termasuklah Sesi Perkongsian Bersama Alumni dan Duta 鶹, Pocket Talk, Cabutan Bertuah, Persembahan Selebriti, Permainan Interaktif dan bermacam-macam lagi.

Pihak 鶹Shape juga mohon kerjasama semua Warga 鶹 sekiranya dapat bersama-sama membantu menghebahkan jemputan Ekspo Pendidikan Jom Masuk 鶹 2022 ini kepada keluarga dan rakan kenalan yang ingin mendapatkan info berkenaan maklumat program-program yang ditawarkan di 鶹.

Kehadiran dan sokongan semua Warga 鶹 ke Ekspo Pendidikan Jom Masuk 鶹 2022 鶹Shape adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

#jommasukukm
#UniversitiWatanKita