Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UMBI 2014
Pada 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435H UMBI telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bertempat di Ruang Kafeteria, Aras 1, UMBI. Hampir 300 orang warga UMBI, The Malaysian Cohort (TMC) serta tetamu jemputan terdiri daripada pihak tertinggi ¼¯ÃÀÂé¶¹, PP¼¯ÃÀÂé¶¹, ketua-ketua jabatan PP¼¯ÃÀÂé¶¹ dan pihak syarikat yang bekerjasama dengan UMBI telah hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka ini.
Sebelum ucapan aluan oleh Pengarah UMBI YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, majlis dimulakan dengan bertafakur selama satu (1) minit tepat jam 10.30 pagi sebagai menghormati mangsa tragedi MH17. Majlis disusuli dengan persembahan multimedia tragedi MH17 dan penderitaan rakyat di Palestin.
Majlis ini disambut dalam suasana sederhana tanpa hiburan nyanyian lagu raya sebagai menghormati Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17. Walau bagaimanapun, majlis tetap meriah dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti selfie, welfie, ujian rasa makanan, telepati pilihan makanan, cabutan bertuah di samping juadah yang enak serta kehadiran tetamu yang ramai.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Pengarah UMBI kepada pemenang aktiviti dan sesi bergambar dengan warga UMBI, TMC, pelajar dan pembantu penyelidik. Pihak UMBI mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, pihak syarikat yang telah memberi sumbangan serta semua kakitangan dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UMBI 2014. Secara tidak langsung majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga UMBI, TMC dan tetamu yang hadir.