Majlis Berbuka Puasa UMBI 1435H/2014M
Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia pada tahun ini, Institut Perubatan Molekul ¼¯ÃÀÂé¶¹ (UMBI) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 18 Julai 2014 untuk kakitangan UMBI, kakitangan The Malaysian Cohort, pelajar siswazah dan pembantu penyelidik. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh penceramah jemputan Ustaz Muhammad Hafiz Ikram Che Hassan Al-Hafiz. Seterusnya aktiviti disusuli dengan jamuan ringan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam yang diadakan di lobi utama UMBI. Pihak pengurusan UMBI mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada mereka yang telah menyumbang juadah berbuka puasa.