18 Mei 2025 – Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-55, ¼¯ÃÀÂé¶¹

Pada tanggal 18 Mei 1970, ¼¯ÃÀÂé¶¹ lahir sebagai manifestasi hasrat rakyat yang mendambakan sebuah universiti nasional bertunjangkan bahasa dan budaya kebangsaan. Hari ini, genap 55 tahun ¼¯ÃÀÂé¶¹ berdiri teguh sebagai institusi ilmu yang menjadi wadah pencerahan dan pemangkin kemajuan bangsa.

Lebih lima dekad berlalu, ¼¯ÃÀÂé¶¹ bukan sekadar mencipta nama di persada tanah air, malah telah menempa kedudukan tersendiri di peringkat antarabangsa. Kecemerlangan ini terhasil daripada dedikasi dan komitmen seluruh warga ¼¯ÃÀÂé¶¹, para penyelidik, pentadbir, pelajar, alumni, serta sokongan padu rakan strategik dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kini, ¼¯ÃÀÂé¶¹ melangkah gagah ke hadapan dengan tekad memperkukuh identiti nasional dan memartabatkan bahasa Melayu, di samping mendepani segala cabaran global. Dalam era transformasi digital dan kelestarian alam, ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus memainkan peranan penting sebagai peneraju perubahan melalui pendidikan berkualiti, penyelidikan berimpak tinggi dan khidmat masyarakat yang lestari.

Justeru, marilah kita bersama-sama meraikan ulang tahun ini dengan semangat “55 Tahun Menjulang Watan, Meneroka Masa Hadapan”, demi melakar masa depan yang lebih gemilang.

Semoga ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus unggul sebagai Universiti Watan yang melahirkan graduan beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif selaras dengan matlamat pendidikannya untuk agama, bangsa dan negara.

Dirgahayu ¼¯ÃÀÂ鶹… Universiti Watan Kita!

Tenang nakhoda mencatur arah,
Bahtera megah merentas sempadan,
55 tahun mengukir sejarah,
¼¯ÃÀÂé¶¹ memimpin ilmu dan teladan.

#jublizamrudukm