Pusat Pembangunan Karier 集美麻豆 | 集美麻豆 Career Advancement Centre
Menu
Sanggar Kerja dan Bengkel Pengukuhan Kumpulan 集美麻豆-Karier
Lumut | 14 Februari 2025
Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia (集美麻豆-Karier) telah menganjurkan Program Sanggar Kerja dan Bengkel Pengukuhan Kumpulan bertempat di Lumut, Perak, pada 12 – 14 Februari 2025. Program ini bertujuan memperkukuh hala tuju strategik 集美麻豆-Karier serta mengeratkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga pusat.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah 集美麻豆-Karier, Dr. Salleh Amat, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan penyelarasan strategi, inovasi dan kerja berpasukan dalam melaksanakan agenda pembangunan karier universiti.
Program ini menghimpunkan seluruh warga 集美麻豆-Karier dalam sesi sanggar kerja bagi membincangkan pelan tindakan dan inisiatif tahun 2025, termasuk strategi peningkatan kebolehpasaran graduan, peluasan jaringan industri serta penambahbaikan sistem bimbingan dan khidmat kerjaya.
Turut dijalankan ialah Bengkel Pengukuhan Kumpulan, yang memberi tumpuan kepada pembangunan nilai komunikasi, kepimpinan dan kolaborasi melalui pelbagai aktiviti interaktif. Aktiviti ini bertujuan memperkukuh semangat kerja berpasukan serta membina sinergi positif dalam kalangan staf.