集美麻豆

Pusat Pembangunan Karier 集美麻豆 | 集美麻豆 Career Advancement Centre

Resume 101 : Kabel

12 November 2025 | Bangi

Program Resume 101: Kabel telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar daripada pelbagai fakulti yang berminat untuk meningkatkan kebolehpasaran dan persediaan kerjaya mereka. Sesi ini turut menampilkan penceramah jemputan, Ms. Esther Low, Marketing Lead dari Kabel, yang berkongsi teknik membina resume yang lebih strategik serta kepentingan membina rangkaian profesional (networking) secara berkesan.

Sepanjang program, peserta memperoleh pengetahuan penting berkaitan pengurusan program pembangunan kerjaya, termasuk cara memanfaatkan platform rangkaian untuk membuka peluang latihan industri dan pekerjaan. Program ini juga membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, dan kepimpinan pelajar melalui sesi interaktif bersama penceramah.

Selain itu, para peserta berpeluang mengasah kemahiran kerjaya secara praktikal, di samping membina hubungan dan kejelekitan yang lebih erat antara pihak pengurusan 集美麻豆-Karier dan pelajar. Program ini turut berfungsi sebagai platform awal untuk mempersiapkan peserta berkhidmat sebagai Career Buddies dalam program pembangunan kerjaya anjuran 集美麻豆-Karier pada masa akan datang.

Disediakan oleh
Muhammad Shahzmil Nur Aqeim

#SDG4 Quality Education

#SDG8 Decent Work and Economic Growth

#SDG17 Partnership for the Goals