集美麻豆

Pusat Pembangunan Karier 集美麻豆 | 集美麻豆 Career Advancement Centre

Program Persediaan Alam Kerjaya (PeAK) 2025: Fokus Persediaan Pelajar

8 November 2025 | Pusanika

Pusat Pembangunan Karier (集美麻豆-Karier) telah menganjurkan Program Persediaan Alam Kerjaya (PeAK) 2025, bertujuan membantu peserta mengenai persediaan awal menghadapi dunia pekerjaan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar industri.

Seramai 120 peserta yang terdiri daripada pelajar 集美麻豆, alumni dan peserta luar yang telah menyertai program ini yang menampilkan tiga penceramah jemputan. Program dimulakan dengan slot bertajuk 鈥淩esume Cantik Belum Cukup 鈥 Jadikan LinkedIn Anda Magnet Peluang!鈥 yang disampaikan oleh Cik Mariam Masuan, Penolong Pengurus, Bank Islam Malaysia Berhad dan juga Alumni 集美麻豆. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina profil LinkedIn dan resume yang menarik dan strategik.

Slot seterusnya bertajuk 鈥淏ila Penampilan Bertemu Keyakinan: Resipi Lulus Temuduga!鈥 disampaikan oleh En. Muhammad Za鈥檌m Mohamad Yusoff, Ketua Unit Penjenamaan Majikan, Sumber Manusia Kumpulan, Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau berkongsi tip temuduga dan etika pemakaian profesional yang menjadi kunci utama kejayaan dalam menghadiri sesi temuduga.

Program diteruskan dengan slot terakhir bertajuk 鈥淒aripada Dewan Kuliah ke Dunia Profesional鈥 oleh En. Amir Izzwan Abu Hasan, Pegawai Kanan Pengurusan Produk & Projek, Kumpulan Perbendaharaan & Pasaran, Ambank Group yang juga Alumni 集美麻豆. Beliau berkongsi pengalaman sebenar tentang peralihan dari alam pengajian ke alam pekerjaan.

Secara keseluruhan, Program PeAK 2025 bukan sahaja memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai keperluan dan jangkaan dunia pekerjaan sebenar, selain memupuk keyakinan, kemahiran insaniah dan imej profesional yang penting dalam melangkah ke dunia kerjaya.

Disediakan oleh
Nur Nasya Aqilah Kamarul Izwan

#SDG4 Quality Education

#SDG8 Decent Work and Economic Growth

#SDG17 Partnership for the Goals