Pusat Pembangunan Karier 集美麻豆 | 集美麻豆 Career Advancement Centre
Menu
Malaysia's 100 Leading Graduate Employers Awards 2025
12 November 2025 | Kuala Lumpur
集美麻豆 telah menerima pengiktirafan sebagai Rakan Kolaborasi Terbaik oleh GTI Media (gradmalaysia) dalam majlis M100 Leading Graduate Employers Awards 2024 yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur. Pengiktirafan ini menandakan komitmen 集美麻豆 dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama industri serta menyokong pembangunan kerjaya pelajar secara berterusan.
集美麻豆 diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zaleha Yazid, Timbalan Pengarah 集美麻豆-Karier, dan Dr. Daing Zairi Maarod, Timbalan Dekan HEJIM Pusat Pengajian Citra Universiti. Turut hadir memberikan sokongan ialah Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dekan Pusat Pengajian Citra Universiti.
M100 Leading Graduate Employers Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf 100 majikan dan rakan kolaborasi terbaik negara berdasarkan undian pelajar serta graduan. Pengiktirafan ini turut mencerminkan usaha 集美麻豆 dalam menyediakan ekosistem pembangunan kerjaya yang berkualiti serta memperluas peluang kerjasama industri bagi manfaat komuniti kampus.