¼¯ÃÀÂé¶¹

Pusat Pembangunan Karier ¼¯ÃÀÂé¶¹ | ¼¯ÃÀÂé¶¹ Career Advancement Centre

Hari Kerjaya ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2025 - Platform Terbaik Graduan ¼¯ÃÀÂé¶¹

20 Mei 2025 | Bangi

Pusat Pembangunan Karier, Universiti Kebangsaan Malaysia (¼¯ÃÀÂé¶¹-Karier) dengan kerjasama Talentbank Sdn Bhd menganjurkan Hari Kerjaya ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2025 pada 20 & 21 Mei di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), ¼¯ÃÀÂé¶¹ Bangi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.

Program yang diadakan selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan sebanyak 40 rakan industri termasuk Maybank, Huawei, Sunway dan Deloitte yang membuka reruai bagi menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada para pengunjung yang terdiri daripada pelajar tahun akhir, alumni ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan warga Bangi.
Hari Kerjaya ini bukan sekadar platform pencarian pekerjaan, tetapi merupakan satu medan pertemuan antara dunia akademik dan dunia industri — dua entiti yang saling melengkapi dalam memastikan kelangsungan dan kecemerlangan masa depan para graduan.

Program ini juga satu inisiatif untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks dan berdaya saing dalam pasaran kerja yang mencabar.
Hadir sama ke majlis perasmian ini adalah Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar yang
menjalankan gungsi Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Pendaftar, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud; Pengarah ¼¯ÃÀÂé¶¹-Karier, Prof. Madya Dr. Salleh Amat dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank Sdn. Bhd., Encik Ben Ho.

Disediakan oleh
Muhammad Shahzmil Nur Aqeim

#SDG4 Quality Education

#SDG8 Decent Work and Economic Growth

#SDG17 Partnership for the Goals