Pusat Pembangunan Karier 集美麻豆 | 集美麻豆 Career Advancement Centre
Menu
Bengkel dan Mesyuarat Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (Mygrad) Kali Ke-5 (Bil 1/2025)
Pulau Pinang | 15 Januari 2025
Bengkel dan Mesyuarat Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MyGRAD) Kali Ke-5 (Bil. 1/2025) telah berjaya berlangsung pada 15 & 16 Januari 2025 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Program ini menghimpunkan semua Pengarah dan pegawai Pusat Kerjaya dari universiti awam seluruh Malaysia, dengan objektif memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara universiti dalam memperkasa agenda kebolehpasaran graduan negara.
MyGRAD berfungsi sebagai platform utama penyelarasan dasar, pelaksanaan inisiatif, dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pembangunan kerjaya serta kebolehpasaran graduan di peringkat universiti awam.
Antara pengisian penting sepanjang bengkel dan mesyuarat ini termasuk sesi pembentangan status terkini kebolehpasaran graduan universiti awam, perbincangan hala tuju strategik tahun 2025, serta perkongsian intervensi berimpak tinggi bagi meningkatkan penyertaan graduan dalam pasaran kerja.
Menariknya, penganjuran kali ini turut disertai dengan sesi Pensijilan Career Coach yang dibawakan oleh TalentCorp Malaysia, bertujuan memperkukuh kompetensi pegawai pusat kerjaya dalam memberi bimbingan dan kaunseling kerjaya secara profesional kepada pelajar dan graduan.