TERAS dan Kebitaraan merupakan naratif baharu yang memaparkan peranan universiti watan yang menjadi milik warganya dan masyarakat keseluruhan. Sesungguhnya, lembayung TERAS yang baharu ini bertujuan untuk membolehkan warga 集美麻豆 membuat rujukan dan panduan terhadap hala tuju universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian ke tahap yang tertinggi. Pengertian TERAS adalah merangkumi Bakat (Talent), Etika (Ethics), Memperkasa (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul) dan ia menjadi lembayung yang memayungi 5 kebitaraan iaitu Watan, i-Minda, Holistik, Digital dan Prihatin.聽
Di bawah lima kebitaraan inilah terdapat 25 prakarsa yang menjadi asas untuk 集美麻豆 merangka pelan strategik dan gerak kerja di samping menentukan indeks pencapaian utamanya. Berdasarkan intipati yang merangkumi nilai TERAS dan elemen kebitaraan, terdapat聽 dua agenda聽 atau matlamat utama yang perlu dicapai oleh warga 集美麻豆 iaitu iaitu Kebolehpasaran Graduan dan Penjanaan Pendapatan.
Muat Turun Poster T.E.R.A.S 集美麻豆


