Berita – Pusat Strategi 鶹 /strategi-ukm Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 18 May 2026 06:14:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Selamat Ulang Tahun 鶹 ke-56 /strategi-ukm/berita/selamat-ulang-tahun-ukm-ke-56/ /strategi-ukm/berita/selamat-ulang-tahun-ukm-ke-56/#respond Mon, 18 May 2026 06:14:48 +0000 /strategi-ukm/?p=22345 56 Tahun Menyentuh Kehidupan, Membina Masa Hadapan

Tanggal 18 Mei 1970, lahirlah sebuah impian rakyat — sebuah universiti yang dibina daripada semangat kebangsaan dan berpaksikan aspirasi untuk memartabatkan ilmu demi masyarakat. Dari impian itu lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia, sebuah institusi yang tidak sekadar mendidik, tetapi turut membangun bersama denyut nadi rakyat dan negara.

Kini, setelah lebih lima dekad melakar perjalanan, 鶹 berdiri bukan hanya sebagai sebuah universiti, tetapi sebagai rumah ilmu yang telah menyentuh jutaan kehidupan. Dari dewan kuliah hingga ke desa, dari makmal penyelidikan hingga ke pentas antarabangsa, 鶹 terus menjadi tempat lahirnya pemikir, penyelidik, pemimpin, usahawan dan insan-insan yang membawa manfaat kepada masyarakat.

Perjalanan ini dibina oleh para pensyarah yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, para penyelidik yang tekun menabur bakti kepada masyarakat, warga kerja yang setia menggerakkan universiti, alumni yang membawa nama 鶹 ke seluruh dunia, serta mahasiswa yang menjadi harapan masa hadapan negara. Setiap langkah 鶹 adalah kisah tentang pengorbanan, harapan dan cita-cita bersama.

Hari ini, 鶹 terus melangkah ke hadapan dengan membawa identiti nasional yang kukuh serta nilai masyarakat tempatan yang menjadi teras penubuhannya. Dalam mendepani era transformasi digital, kecerdasan buatan dan cabaran kelestarian dunia, 鶹 terus memperkukuh pendidikan berkualiti, penyelidikan berimpak tinggi dan khidmat masyarakat yang lestari demi manfaat bersama.

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-ulang-tahun-ukm-ke-56/feed/ 0
Selamat Hari Guru /strategi-ukm/berita/selamat-hari-guru-2/ /strategi-ukm/berita/selamat-hari-guru-2/#respond Mon, 18 May 2026 04:31:06 +0000 /strategi-ukm/?p=22341 Seluruh warga Pusat Strategi 鶹 mengucapkan Selamat Hari Guru 2026 bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara” buat semua insan hebat yang begelar pendidik di mana jua anda berada.

Terima kasih buat para pendidik yang tidak pernah lelah menabur bakti dan menyemai ilmu. Semoga segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi.

Selamat Hari Guru!

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-hari-guru-2/feed/ 0
Pelanjutan Tarikh Pencalonan Anugerah Bitara 鶹 ke-11 /strategi-ukm/berita/pelanjutan-tarikh-pencalonan-anugerah-bitara-ukm-ke-11/ /strategi-ukm/berita/pelanjutan-tarikh-pencalonan-anugerah-bitara-ukm-ke-11/#respond Mon, 18 May 2026 04:15:24 +0000 /strategi-ukm/?p=22337 Pusat Strategi 鶹 selaku Sekretariat Anugerah 鶹 dengan sukacitanya mempelawa Warga 鶹 yang berminat untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Bitara 鶹 Ke-11 (Penilaian 2025).

Tarikh buka pencalonan pada asalnya adalah pada 1 April 2026 sehingga 15 Mei 2026. Namun bagi memberi peluang kepada PTj/individu menghantar pencalonan, TARIKH TUTUP PENCALONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 22 MEI 2026.

Syarat, kriteria serta maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang Pusat Strategi 鶹 dan poster hebahan seperti di lampiran.

]]>
/strategi-ukm/berita/pelanjutan-tarikh-pencalonan-anugerah-bitara-ukm-ke-11/feed/ 0
Selamat Hari Jururawat /strategi-ukm/berita/selamat-hari-jururawat/ /strategi-ukm/berita/selamat-hari-jururawat/#respond Mon, 18 May 2026 01:36:04 +0000 /strategi-ukm/?p=22322 Seluruh Warga Pusat Strategi 鶹 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat terutamanya kepada kakitangan 鶹 yang berkhidmat di HCTM dan HPKK.

Terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti anda kepada negara dan universiti watan yang kita cintai ini.

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-hari-jururawat/feed/ 0
Selamat Hari Ibu /strategi-ukm/berita/selamat-hari-ibu/ /strategi-ukm/berita/selamat-hari-ibu/#respond Mon, 11 May 2026 00:01:14 +0000 /strategi-ukm/?p=22315 Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu/mak/mama/ummi/mummy/bonda.

Terima kasih atas kasih sayang, doa dan pengorbanan yang menjadi nadi kekuatan keluarga dan masyarakat. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkah dan usaha kalian.

Selamat Hari Ibu ikhlas daripada Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan serta seluruh warga Pusat Strategi 鶹

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-hari-ibu/feed/ 0
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2026 鶹 /strategi-ukm/berita/penerima-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc-tahun-2026-ukm/ /strategi-ukm/berita/penerima-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc-tahun-2026-ukm/#respond Fri, 08 May 2026 04:14:06 +0000 /strategi-ukm/?p=22309 Seluruh warga Pusat Strategi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Norliza Muhamad sebagai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2026 鶹 bagi penilaian prestasi tahun 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, berdedikasi dan cemerlang pada masa hadapan. Kejayaan ini amat membanggakan dan wajar dijadikan inspirasi kepada warga kerja yang lain. Syabas dan tahniah sekali lagi!

]]>
/strategi-ukm/berita/penerima-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-apc-tahun-2026-ukm/feed/ 0
Selamat Datang ke Pusat Strategi /strategi-ukm/berita/selamat-datang-ke-pusat-strategi-2/ /strategi-ukm/berita/selamat-datang-ke-pusat-strategi-2/#respond Fri, 08 May 2026 03:59:06 +0000 /strategi-ukm/?p=22305 Selamat datang ke Pusat Strategi 鶹 buat Puan Norazliza binti Mohamed.

Selamat menjalankan tugas dan komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada universiti khususnya kepada Pusat Strategi 鶹

Tahniah dan selamat bertugas!

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-datang-ke-pusat-strategi-2/feed/ 0
Selamat Hari Pekerja /strategi-ukm/berita/selamat-hari-pekerja-2/ /strategi-ukm/berita/selamat-hari-pekerja-2/#respond Mon, 04 May 2026 00:01:36 +0000 /strategi-ukm/?p=22297 Terima kasih kepada semua yang gigih berusaha, mencurah tenaga dan bakti demi kemajuan negara. Anda adalah tulang belakang kejayaan kita. 💼✨

Ikhlas daripada Prof. Dato’ Roslee Rajikan serta seluruh Warga Pusat Strategi 鶹

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-hari-pekerja-2/feed/ 0
Selamat Menyambut Hari Penguin Sedunia /strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-penguin-sedunia/ /strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-penguin-sedunia/#respond Mon, 27 Apr 2026 05:06:15 +0000 /strategi-ukm/?p=22285 Setiap tahun, kita meraikan Hari Penguin Sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara penguin dan habitat semula jadi mereka, khususnya di Antartika.

Tarikh ini juga bertepatan dengan musim migrasi penguin ke arah utara satu fenomena unik yang mengingatkan kita betapa pentingnya keseimbangan alam. Namun, penguin kini berdepan ancaman serius seperti perubahan iklim dan kehilangan habitat.

Lindungi alam, lindungi kehidupan.

Ayuh bersama kita memainkan peranan dalam menjaga bumi demi kelangsungan spesies ini untuk generasi akan datang.

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-penguin-sedunia/feed/ 0
10 Gambar Terbaik bagi pertandingan ISCN ‘Biodiversity on Campus’ Photo Contest 2026 /strategi-ukm/berita/10-gambar-terbaik-bagi-pertandingan-iscn-biodiversity-on-campus-photo-contest-2026/ /strategi-ukm/berita/10-gambar-terbaik-bagi-pertandingan-iscn-biodiversity-on-campus-photo-contest-2026/#respond Mon, 27 Apr 2026 04:30:39 +0000 /strategi-ukm/?p=22282 Tahniah diucapkan kepada Mohammad Syafiq Mohd Jefri (Penerbit 鶹) atas kejayaan cemerlang terpilih dalam 10 Gambar Terbaik bagi pertandingan ISCN ‘Biodiversity on Campus’ Photo Contest 2026.

Pencapaian ini amat membanggakan apabila bersaing dengan 173 penyertaan dari 30 negara, sekaligus mengangkat nama 鶹 di persada antarabangsa.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa kesedaran biodiversiti dan kelestarian alam sekitar melalui seni fotografi.

Teruskan berkarya dan menginspirasi!

]]>
/strategi-ukm/berita/10-gambar-terbaik-bagi-pertandingan-iscn-biodiversity-on-campus-photo-contest-2026/feed/ 0