Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Negara 2026

Sukacita dimaklumkan pencalonan ANUGERAH TOKOH MUDA KEJURUTERAAN NEGARA 2026 telah dibuka. Pengiktirafan berprestij ini meraikan generasi jurutera muda yang bukan sahaja cemerlang dalam kepakaran teknikal mereka, malah turut memacu inovasi bermakna serta memberikan impak nyata terhadap pembangunan negara.
Sehubungan dengan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memajukan pencalonan Prof. Madya Ir. Dr. Teow Yeit Haan dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Selamat maju jaya diucapkan kepada calon.


