{"id":2211,"date":"2015-07-06T12:01:39","date_gmt":"2015-07-06T04:01:39","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/sphea\/?page_id=2211"},"modified":"2024-05-09T15:23:19","modified_gmt":"2024-05-09T07:23:19","slug":"sekapur-sireh-pengerusi-pusat","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/sphea\/mengenai-kami\/sekapur-sireh-pengerusi-pusat\/","title":{"rendered":"Sekapur Sireh Pengerusi Pusat"},"content":{"rendered":"

\"\"<\/a><\/h1>\n

Salam sejahtera.\u00a0 Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA<\/em>) adalah pusat pengajian yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), 集美麻豆.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 SPHEA<\/em>\u00a0<\/em>\u2014ketika itu dikenali sebagai Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS)–bertapak pada tahun 2002 iaitu gabungan Jabatan Sains Politik,\u00a0\u00a0 Jabatan Sejarah dan juga Program Strategi & Hubungan Antarabangsa.\u00a0 Gabungan ketiga disiplin ilmu ini telah mengumpulkan sarjana tersohor dalam bidang masing-masing.\u00a0\u00a0 SPHEA<\/em>\u00a0kini adalah Pusat Pengajian yang paling terkemuka di kalangan IPTA dan IPTS di Malaysia, dan antara yang terbaik di Asia Pasifik.\u00a0 Pelajar antarabangsa dari Asia Timur (termasuk Asia Tenggara),\u00a0 Timur Tengah, Afrika, Amerika, Eropah dan Australia dan juga dari Latin Amerika menuntut ilmu di sini. SPHEA<\/em> juga mempunyai MoU dengan beberapa universiti ternama dunia.\u00a0 SPHEA<\/em> telah melahirkan ramai pembuat dasar negara, penjawat awam, angkatan tertinggi beruniform, ahli politik, menteri, pensyarah dan professor di 集美麻豆 dan juga di lain-lain universiti di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya.\u00a0 Di SPHEA<\/em>\u00a0<\/em>pelajar di asah bakat mereka dalam penulisan dan berpidato, menyelesaikan masalah secara kritis, dan di bimbing sebagai pemimpin masa hadapan.\u00a0 Latihan industri untuk pelajar disediakan untuk mengacu\u00a0 pelajar menjadi seorang warga yang berwawasan, berdisplin, berdaya saing, mahir, dan tangkas dalam membuat keputusan.\u00a0\u00a0 Antara program pelajar yang kini telah hampir sedekad \u00a0berjalan adalah Jaringan Siswazah Nusantara (JSN)\u00a0 yang telah berjaya membawa obor SPHEA<\/em> meredah lautan ke universiti di negara jiran terutamanya di Thailand, Indonesia, Brunei dan Taiwan.\u00a0\u00a0 Sementara Forum dan seminar berkala di SPHEA<\/em>, memberi ruang dan peluang untuk pelajar bersemuka dengan sarjana terkenal dunia membincang isu semasa secara realiti dan membuka minda.\u00a0 Pensyarah kami yang amat dedikasi juga sangat giat menjalankan penyelidikan, \u00a0menerima dana dari dalam dan luar negara dan antara yang terkehadapan menerbit dalam jurnal-jurnal termasyhur dunia dan juga buku-buku ilmiah.\u00a0 SPHEA<\/em> adalah antara Pusat Pengajian yang menghasilkan paling ramai graduan setiap tahun di 集美麻豆, dan yang paling kompetitif dalam senarai IPTA dan IPTS dalam bidang yang berkaitan.\u00a0 Terletak di Bangi\u2014dikenali sebagai bandar ilmu\u2014dan sebuah pekan universiti yang sedang pesat membangun, ianya berdekatan dengan Putrajaya dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikan SPHEA<\/em> tempat yang amat tepat untuk menimba ilmu.<\/p>\n

Selamat Datang ke Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa!<\/p>\n

 <\/p>\n

DR. MOHD IKBAL MOHD HUDA<\/strong><\/a><\/p>\n

Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ahwal Antarabangsa
\n