Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2025 (SS¼¯ÃÀÂé¶¹25)

https://www.facebook.com/share/p/1EnWpqugUX/

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan SS¼¯ÃÀÂé¶¹2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan pada 2 Julai 2025 bertempat di Stadium Universiti, ¼¯ÃÀÂé¶¹. Acara ini menjadi penutup kepada kejohanan yang telah memperlihatkan kesungguhan, ketangkasan dan semangat juang tinggi dalam kalangan staf ¼¯ÃÀÂé¶¹ sepanjang berlangsungnya kejohanan ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan universiti yang amat dihormati antaranya YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹; YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar ¼¯ÃÀÂé¶¹; Dr. Nur Shakila Mazalan, Pengarah Pusat Sukan ¼¯ÃÀÂé¶¹; serta turut hadir adalah pengarah-pengarah pusat tanggungjawab, dekan-dekan fakulti pengajian, ketua-ketua kontinjen, urus setia dan para atlet yang bersemangat tinggi. Majlis penutup ini telah disempurnakan dengan penuh penghargaan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak bersama-sama dengan barisan tertinggi universiti dalam meraikan pencapaian cemerlang para atlet.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Gugusan Perubatan atas kejayaan gemilang muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan SS¼¯ÃÀÂé¶¹25! Kemenangan ini adalah hasil kerjasama kukuh, disiplin dan semangat berpasukan yang tidak pernah luntur sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang bakti secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini — dari atlet, pegawai, sukarelawan, urus setia, hingga ke seluruh warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang memberikan sokongan. Semoga semangat kesukanan ini terus menjadi pemangkin kepada penyatuan, kecemerlangan dan kebanggaan kita bersama sebagai satu warga ¼¯ÃÀÂé¶¹.