Lawatan Pusat Kesihatan Universiti 集美麻豆 Bangi Ke Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Kajang

29 Januari 2020 (Rabu)

Pusat Kesihatan Universiti 集美麻豆 Bangi yang diketuai oleh Dr. Mohd Azman Abas bersama Encik Shaiful Bakri Mohammad (Pegawai Kaunseling Hal Ehwal Pelajar 集美麻豆) serta kakitangan Pusat Kesihatan Universiti 集美麻豆 Bangi telah mengadakan lawatan ke Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Kajang. Lawatan ini disambut dengan penuh ramah oleh Pakar Psikiatri Dr. Arlina Nuruddin dan kakitangan nya.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkasa dan memantapkan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental di Pusat Kesihatan Universiti 集美麻豆 Bangi. Hasrat untuk menjadikan Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Kajang sebagai rakan strategi juga dibincangkan. Dengan ini, kakitangan klinikal bakal memperoleh maklumat serta garis panduan terbaharu dalam perawatan psikiatri dan kesihatan mental. Bagi warga 集美麻豆 Kampus Bangi pula, prosedur rawatan dan ubatan bakal diperoleh dengan lebih mudah, tepat dan berkesan.

Buat masa ini, warga 集美麻豆 Kampus Bangi yang memerlukan rawatan pakar akan dirujuk ke Hospital Kajang dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).