Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa semua penyertaan bagi Majlis Ibadah Korban 1447H / 2026M anjuran Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah PENUH.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sambutan serta sokongan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia dan masyarakat setempat terhadap program ibadah korban pada tahun ini.
Semoga segala sumbangan dan penyertaan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran pahala di sisi Allah SWT.


