Pusat Islam 集美麻豆 dengan kerjasama rakan penganjur menjemput seluruh warga universiti dan masyarakat awam untuk menghadiri program Iftitah Ijtimak Ahli Sunah Waljamaah 2026 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2026 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Masjid 集美麻豆, Bangi.
Program yang bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini akan menampilkan pengisian ilmiah merangkumi Daurah Fiqh Korban, Pengajian Hadis serta Daurah Akidah yang disampaikan oleh para ilmuan dan tokoh agama berpengalaman.
Antara pengisian utama adalah:
馃摉 Daurah Fiqh Korban oleh TG Syeikh Abd Raof Nunin
馃摉 Pengajian Hadis Sunan Tirmizi & Sahih Bukhari oleh Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi
馃摉 Daurah Akidah Kitab Al-Fiqh Al-Akbar oleh TG Ahmad Rozaini Abdul Rahman dan Prof. Madya Dato鈥 Dr. Ayman Al-Akiti
Program ini adalah percuma dan terbuka kepada warga universiti serta masyarakat umum. Gerai jualan turut disediakan sepanjang program berlangsung.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh diajukan melalui talian 019-2554036 atau 011-32944090.
Marilah bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu dan memperkukuh kefahaman Ahli Sunah Waljamaah melalui pengajian yang berteraskan ilmu dan adab.


