DAURAH IFTITAH IJTIMAK AHLI SUNAH WAL JAMAAH 2026

DAURAH IFTITAH IJTIMAK AHLI SUNAH WAL JAMAAH 2026

BANGI, 17 Mei 2026 – Program Daurah Iftitah Ijtimak Ahli Sunah Wal Jamaah 2026 telah berlangsung dengan penuh manfaat dan pengisian ilmiah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 dan 17 Mei 2026.

Program anjuran Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ini menghimpunkan para asatizah, penuntut ilmu serta masyarakat umum dalam suasana ukhuwah dan kecintaan terhadap ilmu agama.

Sepanjang dua hari program berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, para peserta telah mengikuti beberapa sesi utama antaranya Daurah Fiqh Korban yang disampaikan oleh TG Sheikh Abd Raof Nurin, Pengajian Hadis Sunan Tirmizi & Sahih Bukhari oleh Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi serta Daurah Akidah Kitab Al-Fiqh Al-Akbar oleh TG Ahmad Rozaini Abdul Rahman dan Prof. Madya Datuk Dr. Ayman Al-Akiti.

Penyampaian para masyaikh dan ilmuwan memberi pencerahan kepada peserta dalam memahami akidah yang sahih, penghayatan hadis serta pelaksanaan ibadah menurut manhaj Ahli Sunah Wal Jamaah.

Program yang terbuka kepada warga universiti dan masyarakat awam ini turut mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang bagi menimba ilmu dan mengimarahkan majlis ilmu yang dianjurkan.

Semoga program ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, kefahaman agama serta mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam. Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak penganjur, tenaga kerja dan para peserta yang bersama-sama menjayakan program ini. Riz gembira dapat membantu.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×