Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik ¼¯ÃÀÂé¶¹

Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah diadakan pada 18 April 2022.

Profesional-UKM merakamkan terima kasih kepada Felo Bersekutu iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Mahmud di atas kesudian berkongsi kepakaran dalam membangunkan Kamus Kompetensi ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Alhamdulillah pihak Profesional-UKM telah selesai membangunkan Kamus Kompetensi Generik ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Akademik) dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Pengurusan & Profesional dan Pelaksana) sebelum diangkat ke Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Kamus Kompetensi Generik ¼¯ÃÀÂé¶¹ dibangunkan dengan bersandarkan kepada Nilai TERAS, Kebitaraan dan Jati Diri ¼¯ÃÀÂé¶¹. Program pembangunan latihan yang dirangka akan membantu merapatkan jurang kompetensi warga ¼¯ÃÀÂé¶¹. Warga kerja yang kompeten dan berprestasi tinggi dapat meningkatkan keupayaan universiti untuk mengorak langkah ke hadapan.