

CHINI, PAHANG – Sebuah bengkel intensif selama tiga hari telah berjaya dilaksanakan oleh kumpulan penyelidikan 鶹-TR2024-047 yang membawa misi besar: Pembangunan Permainan Dalam Talian Bertemakan UNESCO Tasik Chini Biosphere Reserve (TCRB) melalui SULAM untuk Advokasi Komuniti Orang Asli.
📢 BERITA 鶹 | PEMBANGUNAN PERMAINAN DALAM TALIAN BERTEMAKAN UNESCO TCRB MELALUI SULAM
🗓️ 16 – 18 Mei 2025
📍 Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), 鶹
CHINI, PAHANG – Sebuah bengkel intensif selama tiga hari telah berjaya dilaksanakan oleh kumpulan penyelidikan 鶹-TR2024-047 yang membawa misi besar: Pembangunan Permainan Dalam Talian Bertemakan UNESCO Tasik Chini Biosphere Reserve (TCRB) melalui SULAM untuk Advokasi Komuniti Orang Asli.
Bengkel ini menghimpunkan pakar pelbagai bidang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha membangunkan permainan digital berteraskan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar melalui pendekatan SULAM (Service Learning Malaysia–University for Society).
📌 Antara pengisian utama bengkel ialah:
Lawatan ke Kampung Tanjung Puput & Kampung Chendahan – Penyelidik menyusuri tasik menaiki bot bagi mendapatkan maklumat berkaitan biodiversiti tempatan dan cara hidup komuniti Orang Asli.
🤝 Kunjungan ke Kampung Gumum – Sesi bersama Tok Batin untuk mendapatkan naratif komuniti berkaitan tumbuhan, haiwan dan budaya tempatan.
🔍 Penyelidik utama bengkel ini terdiri daripada:
Dr. Rozita Ibrahim – Pusat Pengajian Citra Universiti
Dr. Nasrudin Subhi – Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Dr. Zurina Muda – Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Dr. Sakhinah Abu Bakar – Fakulti Sains & Teknologi
Pn. Nur Amelia Abas – Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal
Dr. Nurul Hanis Aminuddin Jafry – Pusat Pengajian Citra Universiti
Turut menyertai bengkel ini ialah beberapa pensyarah, penyelidik, pelajar dan warga kerja 鶹 daripada pelbagai pusat dan fakulti.
🎯 Melalui program ini, penyelidik bukan sahaja mengumpul data lapangan tetapi turut membina jalinan erat dengan komuniti setempat sebagai asas kepada pembangunan permainan digital yang bersifat autentik, mendidik dan menyumbang kepada advokasi pemuliharaan biosfera UNESCO Tasik Chini.
🌿 “Membina permainan, merapatkan jurang, memelihara warisan.”
#鶹
#TasikChiniBiosphereReserve
#TCRB
#SULAM
#OrangAsli
#PermainanDigital
#PPTC
#Penyelidikan鶹
#UNESCO
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 鶹 (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 鶹 Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:03-8911 8515| Faks:03-8911 8516
Emel:pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 鶹