

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Ό―ΓΐΒιΆΉ menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institute for Global Strategy and Competitiveness (IGSC), Sunway University yang diketuai oleh Prof. Pervaiz K. Ahmed (Director) dan Prof. Santha Vaithilingam (Deputy Director) bersama pasukan penyelidik kanan dan penganalisis penyelidikan.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai keunikan ekosistem Tasik Chini serta warisan budaya komuniti Orang Asli Jakun. Antara pengisian utama program termasuk:
π·πππππππππ π¬ππππππππ πΆππππ π¨πππ π±ππππ:
Memberi pendedahan tentang budaya, adat resam, serta cabaran komuniti dalam mempertahankan kelangsungan hidup mereka.
π¬πππππππππ π―ππππ:
Sesi eksplorasi berpandu mendalami keunikan biodiversiti dan memahami kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan.
π·ππππππππ π¬ππππππ π»ππππ πͺππππ:
Penerangan mengenai kepentingan ekologi tasik, isu pencemaran, kemerosotan habitat, dan inisiatif pemuliharaan yang sedang dilaksanakan.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memahami cabaran semasa, termasuk kemerosotan alam sekitar akibat pembalakan, perlombongan, serta perubahan sosio-ekonomi yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Orang Asli Jakun.
Lawatan ini turut menyokong pencapaian beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), antaranya:
SDG 4: Pendidikan Berkualiti β Menyediakan pengalaman pembelajaran secara langsung tentang alam sekitar dan budaya.
SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan β Menyoroti usaha melestarikan budaya komuniti Orang Asli dalam persekitaran moden.
SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim β Meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim terhadap ekosistem semula jadi.
SDG 15: Kehidupan di Daratan β Menekankan kepentingan memelihara biodiversiti dan habitat hutan.
PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IGSC, Sunway University atas kepercayaan yang diberikan, dan berharap lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam bidang pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti di masa hadapan.
ΜύΜύΜύΜύΜύΜύΜύ
Μύ
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Ό―ΓΐΒιΆΉ Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:Μύ03-8911 8515Μύ| Faks:Μύ03-8911 8516
Emel:Μύpghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΜύΜύ
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ