

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ¼¯ÃÀÂé¶¹ berbesar hati menerima kunjungan seramai 88 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan (FPend) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam program Kerja Lapangan Biogeografi selama tiga hari dua malam.
Sepanjang program ini, pelajar menjalankan pelbagai aktiviti saintifik termasuk persampelan kuadrat untuk mendapatkan data berkaitan kelembapan tanah, kepelbagaian spesies pokok dan penguasaan spesies utama di kawasan sekitar Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC). Aktivti ini membolehkan pelajar menganalisis struktur komuniti tumbuhan serta mengenal pasti pola taburan biodiversiti dalam ekosistem daratan.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar tentang kepentingan biogeografi dan aplikasi konsep-konsep ekologi dalam ekosistem semulajadi. Antara pengisian utama program termasuk:
• Mengkaji biodiversiti – Memberi tumpuan kepada spesies tumbuhan yang ada di sekitar Tasik Chini, serta memahami ciri-ciri dan kepentingan spesies terancam di kawasan tersebut.
• Membangunkan kemahiran penyelidikan lapangan – Memberi pengalaman langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan teknik penyelidikan biogeografi, pengumpulan data dan analisis ekosistem semula jadi di lapangan.
Dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program ini menyokong:
ð‘ºð‘«ð‘® 4: ð‘·ð’†ð’ð’…ð’Šð’…ð’Šð’Œð’‚ð’ ð‘©ð’†ð’“ð’Œð’–ð’‚ð’ð’Šð’•ð’Š – Memperkasa pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar di lapangan, memperkukuh pemahaman teori, dan membentuk graduan berpengetahuan luas serta prihatin terhadap isu alam sekitar.
ð‘ºð‘«ð‘® 15: ð‘²ð’†ð’‰ð’Šð’…ð’–ð’‘ð’‚ð’ ð’…ð’Š ð‘«ð’‚ð’“ð’‚ð’•ð’‚ð’ – Melibatkan kajian terhadap hutan, tasik dan biodiversiti sekitar Tasik Chini, ia secara langsung berkait dengan usaha memahami ekosistem daratan.
PPTC komited menjadi pusat pembelajaran luar kampus yang menyokong kelestarian ilmu, alam sekitar, dan pembangunan insaniah.
“Ilmu dari alam! Pelajar FSSK & Fakulti Pendidikan ¼¯ÃÀÂé¶¹ teroka dunia biogeografi di PPTC.â€
ÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌýÌý
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ¼¯ÃÀÂé¶¹ (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 ¼¯ÃÀÂé¶¹ Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:Ìý03-8911 8515Ìý| Faks:Ìý03-8911 8516
Emel:Ìýpghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myÌýÌý
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal ¼¯ÃÀÂé¶¹