Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Iktiraf Peranan PPL sebagai Peneraju Kelestarian Komuniti
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) menerusi Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini. Kehadiran beliau disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato’ Dr Wan Kamal Mujani dan Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM), Prof Madya Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin. Lawatan ini adalah satu pengiktirafan terhadap peranan 鶹 dalam menerajui penyelidikan saintifik berasaskan komuniti dan pembangunan lestari yang berimpak di peringkat kebangsaan dan serantau.Lanjut di dan