Kunjungan Hormat PPL ALAF-UKM ke Koperasi Komuniti Kg Kilim Langkawi Berhad

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad pada Isnin 19 Mei 2025. Kunjungan ini adalah bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik yang berteraskan kepada prinsip kelestarian, pemerkasaan komuniti serta pembangunan Langkawi sebagai tapak UNESCO Global Geopark yang bernilai tinggi. Delegasi ALAF-UKM diketuai oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin bersama Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Dr. Juliana Senawi dan Pengurus Makmal PPL, En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh pihak Koperasi Kilim yang diketuai oleh Encik Ahmad Nizar Hanpiah, Pengerusi Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad. Kampung Kilim yang menjadi sebahagian daripada ikon Langkawi UNESCO Global Geopark dilihat berpotensi besar sebagai rakan kerjasama ALAF-UKM dalam menjayakan aktiviti berimpak tinggi, termasuk program eksplorasi ilmu, penyelidikan alam semula jadi serta aktiviti pemuliharaan yang diterajui oleh Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL).
Maklumat lanjut di dan