Lawatan dari Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman (DMO), CAIT, FTSM
Anjuran : Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman
Tarikh : 20 Mei 2016 (Jumaat)
Tempat : Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Pada 20 Mei 2016 yang lalu, PPL telah menerima kunjungan dari Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman (DMO). Lawatan yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan ini diadakan bagi tujuan untuk menjalin kerjasama penyelidikan dengan PPL. Hasrat DMO adalah untuk menggunakan data yang ada di PPL dan juga menerokai isu-isu permasalahan di Langkawi UNESCO Global Geopark.
Selain daripada PPL, DMO juga telah bekerjasama dengan Prof. Dr. Mohd Talib Latif, Timbalan Pengarah LESTARI, dalam menggunakan teknik perlombongan data dengan mengambil kira data cuaca dan ozon. DMO berharap agar satu kerjasama strategik dapat dijalinkan diantara PPL dan DMO.
Lawatan ini turut disertai oleh聽Prof. Dr. Azuraliza Abu Bakar (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FTSM),聽Prof. Dr. Salwani Abdullah,聽Prof. Dr. Masri Ayob,聽Prof. Madya. Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri,聽Dr. Zainal Rasyid Mahayuddin,聽Dr. Suhaila Zainudin,聽Encik Hafiz Mohd Sarim dan聽Encik Ahmad Tarmizi Abdul Ghani.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.


