Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆 telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆, bersama kakitangan Pusat Perumahan Pelajar serta Ketua Pentadbiran kolej kediaman 集美麻豆. Ketibaan Pusat Perumahan Pelajar disambut mesra oleh Encik Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Pengarah Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA, serta kakitangan dari Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti di kolej-kolej kediaman UMPSA serta mengukuhkan kerjasama antara Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA dan Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆. Pusat Perumahan Pelajar turut dibawa melawat pelbagai kemudahan di universiti dan kolej kediaman UMPSA serta diberikan penerangan mengenai infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan.
Secara keseluruhannya, Lawatan Penanda Aras ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#pppukm
#PusatPerumahanPelajar集美麻豆
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#UniversitiWatanKita

















