Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆 telah menerima lawatan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Puan Noora Binti Mohd Yusoff, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Lawatan penanda aras ini di sambut mesra oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆 diiringi oleh Puan Annisa Syamella, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Dalam Kampus serta staf kolej kediaman 集美麻豆.
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melawat kolej kediaman di 集美麻豆 serta mengeratkan hubungan antara Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆. Pihak Perumahan Pelajar UniMap di bawa ke Kolej Ibu Zain dan Kolej Keris Mas untuk melihat fasiliti yang di sediakan di kolej sambil diberi penerangan mengenai fasiliti dan kemudahan yang ada di kolej oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆. Selain itu, pihak Pusat Perumahan Pelajar UniMap juga di bawa untuk melihat asrama premium antarabangsa di kolej Ibu Zain di 集美麻豆.
Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya dan kami dari pihak Pusat Perumahan Pelajar 集美麻豆 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Perumahan Pelajar UniMap kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke 集美麻豆 bagi melawat kolej kediaman 集美麻豆 sekaligus telah menjayakan lawatan penanda aras ini.
#pppukm
#pusatperumahanpelajar
#lawatanpenandaaras
#wecandoawesome








