集美麻豆

Pusat PERMATA@Pintar Negara, 集美麻豆

TEROKA, CIPTA, BITARA

Pengenalan

Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) Universiti Awam merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Dekan/Pengarah Asasi Malaysia yang melibatkan semua pelajar asasi universiti awam dan Matrikulasi di seluruh Malaysia.

Pertandingan Festival Pantun Inter-Asasi (FANTASI) merupakan platform yang terbaik dalam melahirkan golongan mahasiswa yang seimbang dan harmonis di samping meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi pelajar. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan daya fikir dalam berpantun dengan cepat dan tepat serta kritis dan kreatif di samping memperkenalkan keunikan budaya, Bahasa dan adat Melayu tradisional supaya tidak ditelan zaman dan dapat diaplikasikan oleh mahasiswa di Malaysia.

Mesyuarat Majlis Dekan Asasi ke 28 bertarikh 9 Mac 2023 yang telah diadakan聽 di Universiti Kebangsaan Malaysia telah bersetuju melantik Pusat PERMATA@Pintar Negara, 集美麻豆聽 untuk menjadi tuan rumah bagi Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI)聽 2024, Universiti Awam.

Pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dan mewujudkan聽 jaringan komunikasi antara pelajar asasi Universiti Awam terlibat, di samping聽 memupuk minat kepada seni budaya pantun.

Objektif Pertandingan

  • Menonjolkan bakat dan kemahiran pelajar dalam seni pantun;
  • Memantapkan lagi keyakinan dan keberanian pelajar untuk berinteraksi聽 secara spontan di hadapan umum;
  • Membentuk generasi pelajar yang berkepimpinan dan berdaya saing;
  • Melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkeyakinan tinggi dan berbudi聽 mulia;
  • Merapatkan hubungan silaturrahim di antara para pemantun dalam kalangan pelajar asasi Universiti Awam; dan
  • Mewujudkan jaringan inter varsiti dalam kalangan pelajar asasi