PENGALAMAN PELAYARAN MENGELILINGI DUNIA DIKONGSI DALAM SESI BICARA BUKU PBAKL 2026
KUALA LUMPUR, 30 Mei 2026 – Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹) telah menganjurkan sesi Bicara Buku bertajuk Kisah di Lautan: Pelayaran Mengelilingi Dunia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pentas Utama, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Program yang berlangsung dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang itu menampilkan Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor, Profesor di Jabatan Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan penulis buku Kisah di Lautan: Pelayaran Mengelilingi Dunia, sebagai pembicara. Sesi tersebut dikendalikan oleh Encik Mohd Faizal Aziz, Pegawai Sains, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Melalui sesi perkongsian ini, Prof. Dato’ Dr. Roslan telah membawa para hadirin menelusuri pengalaman beliau mengelilingi dunia melalui pelayaran yang penuh dengan cabaran, pengembaraan dan pengajaran bermakna. Beliau berkongsi pelbagai kisah menarik yang dilalui sepanjang perjalanan merentasi lautan dan benua, termasuk pengalaman berinteraksi dengan masyarakat pelbagai negara serta pengamatan terhadap keindahan alam sekitar dan budaya dunia.
Sesi Bicara Buku ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung PBAKL yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik, penggiat industri buku dan masyarakat umum. Para hadirin turut berpeluang mengemukakan soalan serta berinteraksi secara langsung dengan penulis mengenai pengalaman dan proses menghasilkan karya tersebut.
Penganjuran Bicara Buku Kisah di Lautan: Pelayaran Mengelilingi Dunia mencerminkan komitmen Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam memperkenalkan karya-karya yang bukan sahaja berasaskan ilmu dan pengalaman, malah mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Program seumpama ini juga menjadi platform penting dalam menghubungkan penulis dengan pembaca serta menyemarakkan budaya membaca dan perkongsian ilmu sempena PBAKL 2026. Untuk mereka yang tidak berpeluang hadir secara fizikal, siaran ulangan bagi siri perbincangan ilmiah ini boleh diakses secara dalam talian melalui akaun YouTube rasmi milik Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ ()
Ìý ÌýÌý