¼¯ÃÀÂé¶¹

Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ Raih Sambutan Menggalakkan di PBAKL 2026

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ mencatatkan penyertaan yang memberangsangkan dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung selama 10 hari, bermula 29 Mei hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). PBAKL 2026 merupakan penganjuran edisi ke-43 dan berjaya menarik lebih 2.4 juta pengunjung, sekali gus mencipta rekod kehadiran baharu.

Sebagai antara penerbit universiti terkemuka negara, Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ menyertai PBAKL 2026 di bawah Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), yangÌý menghimpunkan 24 penerbit universiti dan organisasi penerbitan ilmiah tempatan. Pavilion tersebut menawarkan lebih 10,000 judul buku ilmiah, akademik dan umum kepada pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sepanjang penganjuran PBAKL 2026, reruai Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ menerima kunjungan pelbagai tetamu kehormat dan kenamaan negara. Antaranya termasuk DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; YTM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah; YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha Negara YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dato’ Dr. Sufian bin Jusoh, turut hadir ke PBAKL 2026 bersama-sama Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan), Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, dan Pendaftar ¼¯ÃÀÂé¶¹, Tuan Haji Zanudin bin Mohd Daud, bagi meninjau aktiviti serta perkembangan penyertaan Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ sepanjang penganjuran pesta buku tersebut. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan pihak pengurusan tertinggi universiti terhadap usaha memperkasa penerbitan ilmiah serta memperluas penyebaran ilmu kepada masyarakat.

Kehadiran para tetamu kehormat dan kenamaan tersebut mencerminkan pengiktirafan serta sokongan berterusan terhadap peranan Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam memperkasa penerbitan ilmiah dan menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat. Selain aktiviti jualan buku, Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ turut menganjurkan pelbagai program pengisian ilmu, termasuk sesi bedah buku bagi mendekatkan hasil penerbitan universiti kepada masyarakat.

Dalam usaha memperluas jaringan kerjasama industri, Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ turut menyertai Asian Rights Fair (ARF), yang menjadi platform penting untuk perbincangan hak cipta, penerbitan bersama dan potensi kerjasama strategik dengan rakan industri dari dalam dan luar negara. Penyertaan dalam ARF membuka peluang kepada Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk memperkukuh jaringan profesional serta meneroka pasaran dan peluang penerbitan di peringkat antarabangsa.

Selain jualan secara fizikal di reruai, Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ turut melaksanakan jualan dalam talian sepanjang tempoh PBAKL 2026 bagi memastikan hasil penerbitan universiti dapat diakses dengan lebih meluas oleh pelanggan di seluruh negara. Pelbagai promosi dan tawaran istimewa turut diperkenalkan bagi menggalakkan pembelian buku serta meningkatkan capaian penerbitan ilmiah kepada masyarakat.

Secara keseluruhannya, penyertaan dalam PBAKL 2026 membuktikan komitmen berterusan Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam memperkasa penerbitan ilmiah, memperluas jaringan kerjasama strategik serta mempromosikan budaya ilmu melalui pelbagai platform dan pendekatan yang relevan dengan keperluan semasa.

Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung, pelanggan, penulis dan rakan strategik yang telah memberikan sokongan sepanjang PBAKL 2026. Sokongan berterusan ini menjadi pemangkin kepada usaha Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk terus menerbitkan karya berkualiti yang menyumbang kepada perkembangan ilmu, penyelidikan dan pembinaan masyarakat berpengetahuan.

Ìý ÌýÌý



Ìý