KUALA LUMPUR, 1 Jun 2026 – Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹) dengan kerjasama Program Telaah telah menganjurkan sesi kupasan khas buku Kemiskinan Multidimensi dan Maqasid Syariah: Pendekatan Holistik Keadilan Sosial sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pavilion MAPIM, Aras 2, Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Program Telaah merupakan inisiatif wacana intelektual, diskusi buku dan bedah karya anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan memperluas akses masyarakat kepada ilmu pengetahuan serta membudayakan amalan membaca dan perbincangan ilmiah.
Ìý
Program yang berlangsung dari pukul 6.00 petang hingga 7.00 petang itu menampilkan Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pembicara, manakala Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar bertindak sebagai moderator. Sesi kupasan buku tersebut membincangkan kandungan buku Kemiskinan Multidimensi dan Maqasid Syariah: Pendekatan Holistik Keadilan Sosial yang mengetengahkan pendekatan holistik dalam memahami dan menangani isu kemiskinan serta keadilan sosial.
Ìý
Program yang dikendalikan secara santai tetapi berilmiah itu berjaya menarik minat pengunjung PBAKL yang terdiri daripada mahasiswa, ahli akademik, penjawat awam dan masyarakat umum. Selain kehadiran secara fizikal, sesi tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi platform TikTok Telaah.my, sekali gus memperluaskan capaian perbincangan kepada khalayak yang lebih luas. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk turut serta secara fizikal, rakaman penuh wacana berilmiah ini boleh ditonton semula secara maya menerusi saluran YouTube rasmi Telaah di pautan .
Ìý ÌýÌý