¼¯ÃÀÂé¶¹

PENERBIT ¼¯ÃÀÂé¶¹ DAN TELAAH KUPAS ISU KEMISKINAN MULTIDIMENSI DI PBAKL 2026

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2026 – Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ terus memperkukuh peranannya dalam menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat melalui penganjuran dua sesi Bicara Buku dalam slot Republika Merah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pavilion MAPIM, Aras 2, Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Sesi pertama bicara buku membincangkan buku bertajuk Nasyid sebagai Dakwah dalam Pendidikan Islam. Sesi ini telah berlangsung pada 3 Jun 2026. Program ini membincangkan peranan nasyid sebagai medium dakwah dan pendidikan dalam membentuk nilai, akhlak dan sahsiah masyarakat. Sesi tersebut disampaikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dato’ Dr. Fariza Md. Sham, manakala Dr. Siti Jamiaah Abdul Jalil dari Pusat Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam ¼¯ÃÀÂé¶¹ bertindak sebagai moderator.

Melalui perkongsian tersebut, para peserta didedahkan kepada kepentingan seni nasyid sebagai medium komunikasi dakwah yang berkesan serta potensinya dalam menyampaikan mesej pendidikan Islam kepada pelbagai lapisan masyarakat. Sesi ini turut mendapat perhatian pengunjung yang berminat untuk memahami hubungan antara seni, pendidikan dan pembentukan nilai dalam masyarakat.

Sesi bicara buku ini tersebut turut mendapat perhatian apabila Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, hadir pada penghujung program bagi menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasakan budaya ilmu dan penerbitan akademik negara.

Pada 6 Jun 2026 pula, Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ meneruskan siri Bicara Buku dengan membincangkan karyaÌý berjudul Muhammad Haji Salleh: The Malay Flâneur. Sesi ini menampilkan Dr. Mohd Fadhli Shah Khaidzir, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA ¼¯ÃÀÂé¶¹), sebagai pembicara, manakala Cik Mafrahanatul Akmal Ahmad Kamal dari Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bertindak sebagai moderator.

Perbincangan memberi fokus kepada pemikiran, perjalanan intelektual serta sumbangan tokoh sasterawan negara, Muhammad Haji Salleh, dalam memperkayakan khazanah kesusasteraan Melayu dan memperkenalkan kesusasteraan tempatan ke peringkat antarabangsa. Sesi ini turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam gagasan pemikiran dan karya-karya beliau yang telah memberikan impak besar kepada dunia ilmu dan budaya Melayu.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam memperluas akses masyarakat kepada ilmu pengetahuan melalui penerbitan berkualiti dan aktiviti advokasi ilmu. Inisiatif sebegini bukan sahaja memperkenalkan hasil penerbitan universiti kepada masyarakat, malah menjadi platform penting untuk menghubungkan penulis, ahli akademik dan pembaca dalam ekosistem ilmu yang lebih dinamik dan inklusif.

Kedua-dua sesi Bicara Buku ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook MAPIM bagi membolehkan khalayak yang lebih luas mengikuti perbincangan ilmiah yang berlangsung sepanjang PBAKL 2026. Untuk mereka yang tidak berpeluang hadir secara fizikal, siaran ulangan bagi siri perbincangan ilmiah ini boleh diakses secara dalam talian melalui akaun YouTube rasmi milik Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹ ()

Ìý ÌýÌý



Ìý