mpr - MINDA-UKM /mindaukm Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia Mon, 22 Jun 2026 01:06:28 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 MINDA Policy Roundtable (MPR) – Keterjaminan Makanan di Malaysia dalam Menghadapi Krisis Global /mindaukm/minda-policy-roundtable-mpr-keterjaminan-makanan-di-malaysia-dalam-menghadapi-krisis-global/ /mindaukm/minda-policy-roundtable-mpr-keterjaminan-makanan-di-malaysia-dalam-menghadapi-krisis-global/#respond Wed, 29 Apr 2026 13:30:00 +0000 /mindaukm/?p=1527 Di sebalik krisis global yang kian menekan, sesi MINDA Policy Roundtable (MPR) bertemakan “Keterjaminan Makanan di Malaysia dalam Menghadapi Krisis Global” telah menjadi platform penting…

The post MINDA Policy Roundtable (MPR) – Keterjaminan Makanan di Malaysia dalam Menghadapi Krisis Global first appeared on MINDA-UKM.

]]>
Di sebalik krisis global yang kian menekan, sesi MINDA Policy Roundtable (MPR) bertemakan “Keterjaminan Makanan di Malaysia dalam Menghadapi Krisis Global” telah menjadi platform penting dalam memperincikan hala tuju dan daya tahan sektor agromakanan negara. Di bawah kemudi moderator Prof. Dr. Asan Ali Golam Hassan, dialog strategik ini menghimpunkan ekosistem pemegang taruh yang inklusif—merangkumi penggubal dasar, pemikir akademik, NGO, pemain industri, pengusaha agropreneur serta aktivis belia tani. Kehadiran pelbagai lapisan pemangku kepentingan ini bertujuan membedah siasat keberkesanan dasar sedia ada bagi memastikan kedaulatan makanan domestik kekal utuh daripada sebarang gangguan rantaian bekalan dunia.

Fokus utama perbincangan diberikan kepada usaha meminimumkan kebergantungan terhadap import melalui integrasi teknologi serta pengurusan sumber yang lebih sistematik bagi menjamin kelangsungan bekalan di peringkat tempatan. Panelis turut mengupas secara mendalam peranan ekosistem keusahawanan tani dan kebajikan penternak tempatan sebagai tulang belakang keterjaminan makanan negara. Isu-isu kritikal seperti lonjakan kos input pengeluaran, cabaran logistik dan kestabilan harga pasaran diperdebatkan bagi mencari titik penyelesaian yang holistik agar pengeluaran makanan negara tidak hanya mencukupi, malah mampu milik dan mampan untuk jangka masa panjang.

Natijah perbincangan memberi satu gambaran pelan tindakan inklusif yang perlu dilaksanakan Malaysia bagi memastikan negara kekal berdaya saing dan mandiri. Transformasi struktur modal insan menerusi revolusi TVET pertanian serta pengukuhan stok penimbal nasional dilihat sebagai kunci utama dalam memperkukuh daya tahan nasional. komited memastikan setiap input strategik yang dizahirkan hari ini menjadi pemangkin kepada perubahan polisi yang nyata, sekaligus menjamin kedaulatan makanan negara kekal terjamin dalam mendepani apa jua kemungkinan krisis pada masa hadapan.

The post MINDA Policy Roundtable (MPR) – Keterjaminan Makanan di Malaysia dalam Menghadapi Krisis Global first appeared on MINDA-UKM.

]]>
/mindaukm/minda-policy-roundtable-mpr-keterjaminan-makanan-di-malaysia-dalam-menghadapi-krisis-global/feed/ 0
MINDA POLICY ROUNDTABLE : ADVANCING TECHNOLOGY /mindaukm/minda-policy-roundtable-advancing-technology/ /mindaukm/minda-policy-roundtable-advancing-technology/#respond Wed, 14 Jun 2023 07:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1615 Perbincangan julung kali ini berkisarkan ‘Advancing Technology’ yang dipengerusikan oleh Pengarah MINDA-UKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bersama dua panel khas iaitu…

The post MINDA POLICY ROUNDTABLE : ADVANCING TECHNOLOGY first appeared on MINDA-UKM.

]]>
Perbincangan julung kali ini berkisarkan ‘Advancing Technology’ yang dipengerusikan oleh Pengarah MINDA-UKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bersama dua panel khas iaitu Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (Presiden & CEO MIGHT) dan En. Naguib Mohd Nor (Presiden, Malaysian Aerospave Industry Association). Perbincangan MPR ini juga turut dihadiri oleh pakar-pakar daripada pelbagai lapangan dan agensi termasuk Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed.

MINDA-UKM komited membangun bersama Malaysia.

The post MINDA POLICY ROUNDTABLE : ADVANCING TECHNOLOGY first appeared on MINDA-UKM.

]]>
/mindaukm/minda-policy-roundtable-advancing-technology/feed/ 0