#KRI - MINDA-UKM /mindaukm Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia Tue, 30 Jun 2026 03:28:12 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Fitting Malaysia For Talents Attending Supply And Demand /mindaukm/fitting-malaysia-for-talents-attending-supply-and-demand/ /mindaukm/fitting-malaysia-for-talents-attending-supply-and-demand/#respond Tue, 02 Apr 2024 02:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1656 MINDA POLICY ROUNDTABLE : FITTING MALAYSIA FOR TALENTS – ATTENDING SUPPLY AND DEMAND telah berlangsung pada pagi tadi di Bilik Mesyuarat MINDA-UKM. Perbincangan penting yang…

The post Fitting Malaysia For Talents Attending Supply And Demand first appeared on MINDA-UKM.

]]>
telah berlangsung pada pagi tadi di Bilik Mesyuarat MINDA-UKM.

Perbincangan penting yang dihadiri lebih 40 penyertaan daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi, konsultan, institut penyelidikan, institusi pendidikan tinggi dan pakar-pakar berkaitan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah ) dan dibahaskan oleh dua pembahas utama iaitu Pn. Hawati Abdul Hamid (Timbalan Pengarah Penyelidikan, , KRI) bersama En. Azirruan Arifin (Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, ).

Diskusi MPR pada kali ini berkisar berkenaan cabaran utama yang dihadapi oleh graduan lepasan institusi pendidikan tinggi tempatan semasa proses peralihan daripada alam pendidikan ke alam pekerjaan serta perkembangan kerjaya mereka dalam usaha mempersiapkan kecukupan sumber manusia Malaysia akan datang. Ini susulan daripada laporan ‘Mendepani Cabaran : Perkembangan Kerjaya Bakat Mahir Malaysia’ yang telah dilaporkan oleh KRI pada awal Mac lalu yang menunjukkan tren peningkatan jumlah graduan yang bekerja dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan dan bidang pengajian, atau kian beralih kepada pekerjaan bukan standard.

Natijah ringkas perbincangan pada pagi tadi telah membuka ruang dan peluang kepada para akademik, industri serta pihak kerajaan untuk turut serta mengutarakan pandangan, persoalan dan menghujahkan idea baharu untuk membentuk polisi yang mampu meningkatkan kebolehpasaran dan keberhasilan bakat berkemahiran di Malaysia seiring perkembangan teknologi yang pesat dan landskap industri yang pantas berubah.

The post Fitting Malaysia For Talents Attending Supply And Demand first appeared on MINDA-UKM.

]]>
/mindaukm/fitting-malaysia-for-talents-attending-supply-and-demand/feed/ 0