Uncategorized - MINDA-UKM /mindaukm Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia Tue, 30 Jun 2026 02:41:49 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 [Sidang Media Khas] Memperkasa Ekonomi Bumiputera: Apa Yang Diharapkan? /mindaukm/sidang-media-khas-memperkasa-ekonomi-bumiputera-apa-yang-diharapkan/ /mindaukm/sidang-media-khas-memperkasa-ekonomi-bumiputera-apa-yang-diharapkan/#respond Mon, 26 Feb 2024 02:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1653 Satu sidang media khas oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA ¼¯ÃÀÂé¶¹) telah berlangsung pada pagi tadi berkaitan pemerkasaan…

The post [Sidang Media Khas] Memperkasa Ekonomi Bumiputera: Apa Yang Diharapkan? first appeared on MINDA-UKM.

]]>
Satu sidang media khas oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah ) telah berlangsung pada pagi tadi berkaitan pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Beliau dalam kenyataannya menyifatkan bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang akan berlangsung pada esok hari di PICC ini sebagai satu agenda berpelembagaan kerana ia bukan sahaja membantu bumiputera semata-mata, bahkan bukan Bumiputera juga akan menerima limpahan nikmat ekonomi secara bersama.

Ujarnya ketika mengulas berkenaan saranan Perdana Menteri untuk mengajak masyarakat bukan Bumiputera datang bersama dalam kongres semasa Prapelancaran KEB 2024 baru-baru ini, menyifatkan sebagai satu naratif yang sangat penting selain menepati naratif economic reasoning of development yang perlu diusahakan oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak hanya eksklusif untuk Bumiputera semata-mata.

Tambahnya lagi, apa-apa polisi yang dirancang dan hendak dilaksanakan perlu menepati kepada empat perkara iaitu polisi yang jelas, faktor identifikasi, bentuk mekanisme untuk mencapai matlamat dan waktu pelaksanaan adalah amat penting supaya dapat menangani isu Bumiputera secara berkesan.

Esok, YBhg. Tan Sri akan bersama dalam kongres untuk sesi pembentangan resolusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan sepanjang hampir 50 hari gerak kerja dilaksanakan.

The post [Sidang Media Khas] Memperkasa Ekonomi Bumiputera: Apa Yang Diharapkan? first appeared on MINDA-UKM.

]]>
/mindaukm/sidang-media-khas-memperkasa-ekonomi-bumiputera-apa-yang-diharapkan/feed/ 0
Cooperative VS Compete: Firming Up ASEAN’s Competitiveness /mindaukm/cooperative-vs-compete-firming-up-aseans-competitiveness/ /mindaukm/cooperative-vs-compete-firming-up-aseans-competitiveness/#respond Thu, 22 Feb 2024 06:30:00 +0000 /mindaukm/?p=1651 Siri MINDA POLICY ROUNDTABLE – COOPERATE VS COMPETE : FIRMING UP ASEAN’S COMPETITIVENESS telah diadakan di Bilik Mesyuarat MINDA ¼¯ÃÀÂé¶¹. Sesi MPR ini telah dipengerusikan…

The post Cooperative VS Compete: Firming Up ASEAN’s Competitiveness first appeared on MINDA-UKM.

]]>
Siri telah diadakan di Bilik Mesyuarat .

Sesi MPR ini telah dipengerusikan oleh Pengarah MINDA-UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bersama dua orang pakar selaku pembahas iaitu YBrs. Prof. Dr. Sufian Jusoh (Pengarah, ) dan YBrs. Dr. Shintaro Hamanaka (Senior Research Fellow, Institute of Developing Economics of Japan) .

Perbincangan tertumpu kepada persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025. Strategi pengukuhan daya saing negara-negara Asean seharusnya merangkumi kedua-duanya, kerjasama dan persaingan. Turut diperhalusi ialah halatuju ASEAN selepas berakhirnya ASEAN Economic Community (EAC) 2015-2025 kelak. Sejauhmana 5 teras utama EAC; integrasi ekonomi, peningkatan dayasaing dan daya inovasi, integrasi sektoral, keterangkuman dan globalisasi ASEAN dicapai menjadi antara tajuk yang dibincangkan.

Turut hadir dalam diskusi ini ialah YBhg. Dato’ Seri Mustapha Mohamed, wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan institusi pemikir, antaranya SERC, Akademi Sains Malaysia, Akademia, MASA, PNBRI, MIDA, MITI,MPC, NCER, Malaysia Airlines, beberapa mantan Ketua Setiausaha, dan lain-lain.

MINDA-UKM: BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA

The post Cooperative VS Compete: Firming Up ASEAN’s Competitiveness first appeared on MINDA-UKM.

]]>
/mindaukm/cooperative-vs-compete-firming-up-aseans-competitiveness/feed/ 0
Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi /mindaukm/wacana-strategi-kementerian-pendidikan-tinggi/ /mindaukm/wacana-strategi-kementerian-pendidikan-tinggi/#respond Sat, 06 Jan 2024 04:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1644 Ybhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA ¼¯ÃÀÂé¶¹) telah dijemput selaku panel forum bersempena Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi yang…

The post Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi first appeared on MINDA-UKM.

]]>
Ybhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah ) telah dijemput selaku panel forum bersempena Wacana Strategi yang berlangsung pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Wacana ini telah berlangsung selama dua hari yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri yang bertujuan untuk memetakan hala tuju serta pemugaran idea baharu sektor pendidikan tinggi Malaysia yang melibatkan hampir 500 orang pemimpin institusi pendidikan tinggi awam dan swasta; golongan akademia dan pihak industri.

Dalam sesi ini beliau bersama panel Tuan Thomas Matthew (TalentCorp) mengupas serta membahaskan wacana Peranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai Penyelia Bakat Negara yang dikendalikan Prof. Ts. Dr. Haji Mohamad Kamal.

Turut terlibat bersama dalam wacana ini ialah Naib Canselor , Ybhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman selaku moderator diskusi Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi KPT serta turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor (TNC) ¼¯ÃÀÂé¶¹.

The post Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi first appeared on MINDA-UKM.

]]>
/mindaukm/wacana-strategi-kementerian-pendidikan-tinggi/feed/ 0