RAINBOW OF LIFE FORCES – SUKARELAWAN 集美麻豆 SEMARAK KEAMANAN
Seramai 11 orang sukarelawan 集美麻豆 dari Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah menyertai 鈥淩ainbow of Life Forces (ROLF) Campaign鈥 sempena sambutan Hari Keamanan Dunia 2025 yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur. Program ini turut disertai oleh mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi, menjadikannya platform kolaboratif bagi menyemai semangat kesukarelawanan dan keamanan sejagat.
Program berimpak sosial ini dilaksanakan dengan kerjasama Creativision Group of Companies, sebuah badan komuniti tidak berasaskan keuntungan, dan mendapat tajaan daripada Walnut Ice Cream. Penganjuran ini bertujuan memperkasakan suara golongan yang dipinggirkan, khususnya mereka yang menghadapi tekanan akibat krisis global, kesusahan ekonomi dan pengasingan sosial.
Sepanjang program berlangsung, sukarelawan 集美麻豆 terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif bersama anak-anak yang menyertai program ini, termasuk persembahan 鈥淚nclusive Peace Dance鈥 Reben Oren yang membawa mesej perpaduan. Program turut diserikan dengan majlis penyerahan cenderamata, sesi pertemuan antara penderma dan anak-anak yatim serta makan malam. Puan Adelyn Lim, Pengasas Rainbow of Life Forces (ROLF), menyatakan bahawa penglibatan mahasiswa/i telah membantu membuka mata ramai pihak tentang anak-anak yang memerlukan bantuan melalui perkongsian di media sosial.
Penyertaan sukarelawan 集美麻豆 dalam kempen ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh) yang menekankan perpaduan serta keharmonian sejagat. Program ini berfungsi sebagai medan pembelajaran bermakna bagi mahasiswa 集美麻豆 untuk memahami erti keamanan, kasih sayang dan keterangkuman dalam masyarakat majmuk