Wacana Pengurusan Kepelbagaian Agama: Perkongsian Malaysia & Indonesia, 9 April 2019

Tanggal Selasa 9 April 2019, KITA melalui projek penyelidikan DCP-2017-012/4 telah menganjurkan Wacana Pengurusan Kepelbagaian Agama, Perkongsian Malaysia dan Indonesia bertempat di Bilik Senat, Bangunan Canselori ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang ini adalah bertujuan untuk berkongsi dan berbincangan pengalaman menguruskan kepelbagaian agama secara komparatif antara Malaysia dan Indonesia.
Program ini telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ketua Program Wadah Kekuatan Muslim dalam Mengurus Kepelbagaian Agama di Malaysia iaitu Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor. Ini diikuti dengan sesi forum yang membariskan empat orang ahli panel iaitu Prof. Dr. Wasino M. Hum (UNNES, Indonesia), Prof. Datin Dr. Faridah Jalil (¼¯ÃÀÂé¶¹), Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong (¼¯ÃÀÂé¶¹) dan Dr. Amran Muhammad (Islamic and Strategic Studies Institute, ISSI). Felo Kanan Bersekutu KITA Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee telah bertindak selaku Moderator forum. Program ini diakhiri dengan ucaptama daripada Pengarah Pengasas KITA yang juga Felo Akademi Sains Malaysia dan Penyandang Kursi UNESCO, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
Gambar-gambar yang diambil sekitar program ini boleh dilihat di Facebook KITA ().