Community Transformation Program through Literacy Empowerment of Penan Children, 13-19 May 2018
A Community Transformation Program through Literacy Empowerment of Penan Children for Social Inclusion and Mobility was conducted at Sarawak Energy Berhad Quarters (SEB), Murum, Belaga, Sarawak from 13 – 19 May 2018.
This program, which took the form of a one-week, stay-in and away-from-home camp, was organised by the Dyslexia Association of Sarawak (DASwk), in collaboration with the Social Welfare Council of Sarawak (SWCS), Sarawak Education Department (JPS), Institute of Ethnic Studies (KITA), 鶹 and Sarawak Energy Berhad (SEB).
The program was funded by The Edge KL Rat Race 2017.
Mr Ng Kum Loy (DASwk) was the Chief Trainer, and he was assisted by seven trainers/facilitators (DASwk, KITA dan Bintulu Port Holdings Berhad). Prof. Ong Puay Liu, KITA’s Principal Fellow, was one of the trainers.
A total of 30 Penan students, aged between 9-12 years old from two schools – SK Tegulang and SK Metalun – participated in this one week camp.
The aim of this literacy program is to ensure all the Penan students who took part in this camp acquired the basic reading and writing skills in Bahasa Melayu (BM). The specific objectives of this program are as follows:
- provide an intensive and immersive environment for the mastery of reading and writing skills in BM
- introduce (and reinforce) the foniks*PINTAR methodology in reading and writing BM
- enable the participating students to read and write in BM up to their age-appropriate level, speak in BM, narrate simple stories in BM, and sing songs in BM
Besides learning to read, spell and write the phonics-way, these participating students also had the opportunity to engage in sports and recreational activities, games, singing, story telling and showcasing their talents on Talent Night (18 May). Living away from home and their parents, these young students also enhanced their soft skills such as time management, self-discipline, cooperation, tolerance, cleanliness and self-esteem.
In addition, they also had the opportunity to get to know one another. Relationships were formed between SK Tegulang and SK Metalun students, where the road journey between these two schools could take up to 4-5 hours. When the time came for parting, some students were seen holding hands, signalling the impending goodbye. Surely, in these young minds, a question emerged, when will we meet again?
The students also had the opportunity to interact with the trainers and facilitators from various ethnic groups (Malay, Chinese, Bidayuh, Melanau, Kenyah), religion (Islam, Christian, Buddhist) and region (Peninsular Malaysia, Kuching, Bintulu). When students approached us and whispered, “cikgu, our camp is ending soon, I will miss you” – these endearing words commensurate well with the team’s efforts to provide a stimulating learning and conducive living environment for the 30 students who gallantly joined this one week away-from-home camp.
May all our participating students join our second camp, tentatively scheduled for July 2018. Heartfelt appreciation and gratitude to all parties who have helped, directly and indirectly, in the organisation of this literacy camp.
Reported by:
Prof. Dr. Ong Puay Liu
23 May 2018
Program Kemasyarakatan Memperkasakan Kanak-kanak Penan untuk Keterangkuman dan Mobiliti Sosial melalui Literasi, 13-19 Mei 2018
Program Kemasyarakatan Memperkasakan Kanak-kanak Penan untuk Keterangkuman dan Mobiliti Sosial melalui Literasi telah berlangsung di Kuarters Sarawak Energy Berhad (SEB), Murum, Belaga, Sarawak dari 13hb hingga 19hb Mei 2018.
Program ini yang mengambil bentuk “inap-dalam dan jauh-dari-rumah” kem seminggu dianjurkan oleh Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk) dengan kerjasama Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS), Jabatan Pendidikan Sarawak (JPS), Institut Kajian Etnik (KITA), dan Sarawak Energy Bhd. (SEB).
Pembiaya program literasi ini adalah The Edge KL Rat Race 2017.
Ketua Jurulatih adalah Encik Ng Kum Loy (DASwk), dan beliau dibantu oleh tujuh orang jurulatih/fasilitator (DASwk, KITA dan Bintulu Port Holdings Berhad). Prof. Ong Puay Liu, Felo Utama KITA, adalah salah seorang jurulatih.
Seramai 30 orang pelajar Penan dari SK Tegulang dan SK Metalun telah menyertai program satu minggu ini. Pelajar-pelajar tersebut berumur antara 9-12 tahun.
Program literasi ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua pelajar Penan yang mengikuti kem literasi Bahasa Melayu (BM) ini mempunyai asas kemahiran membaca dan menulis dalam BM. Objektif khusus program literasi BM ini adalah:
- menyediakan persekitaran intensif dan mendalam untuk penguasaan pembacaan dan penulisan dalam BM
- memperkenalkan (dan memperkukuhkan) kaedah foniks (foniks*PINTAR) dalam pembacaan dan penulisan BM
- membolehkan pelajar yang menyertai kem literasi untuk membaca dan menulis dalam BM sejajar dengan kesesuaian tahap umur masing-masing, bercakap dalam BM, bercerita dalam BM dan menyanyi lagu-lagu BM.
Di samping belajar membaca, mengeja dan menulis, para pelajar juga berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti senaman, permainan, nyanyian, bercerita dan menunjukkan bakat masing-masing pada malam kemuncak iaitu Malam Bakat (18 Mei). Berjauhan dengan keluarga masing-masing, para pelajar Penan berusia muda ini juga berpeluang meningkatkan kemahiran insaniah seperti pengurusan masa, disiplin diri, kerjasama, tolak ansur, kebersihan dan harga diri.
Pada masa yang sama, pelajar juga berkesempatan berkenalan antara satu sama lain. Kem ini menyaksikan hubungan mesra dibina antara pelajar SK Tegulang dan SK Metalun. Perjalanan antara kedua-dua buah sekolah ini melalui pengangkutan darat mengambil masa 4-5 jam. Sewaktu perpisahan, terdapat pelajar SK Tegulang dan SK Metalun berpegangan tangan, tanda mengucap selamat tinggal. Sudah tentunya terlintas dalam fikiran pelajar-pelajar tersebut, bila kita akan berjumpa lagi?
Para pelajar Penan ini juga berpeluang berinteraksi dengan jurulatih dan fasilitator pelbagai etnik (Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau, Kenyah), agama (Islam, Kristian, Buddhist) dan wilayah (Semenanjung Malaysia, Kuching, Bintulu). Apabila pelajar membisik, “cikgu, kem kita sudah mahu tamat, saya rindu dengan cikgu nanti” – kata-kata ini bagaikan perangsang bagi para jurulatih dan fasilitator yang telah cuba sedaya upaya menyediakan suasana pembelajaran yang baik dan selesa untuk 30 pelajar yang berani menyahut panggilan menyertai kem literasi jauh-dari-rumah.
Semoga pelajar-pelajar tersebut akan menyertai kem kedua yang mungkin diadakan pada bulan Julai 2018. Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran kem literasi ini.
Laporan oleh:
Prof. Dr. Ong Puay Liu
23 Mei 2018