Jubli Emas (50 tahun) perkhidmatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, 17 Mei 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin sempena ulang tahun ke-50 (Jubli Emas) perkhidmatan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 Mei 2026.
Lima dekad pengabdian Prof. Ulung Datuk bukan sekadar perjalanan kerjaya, tetapi sebuah legasi ilmu, pemikiran dan perjuangan akademik yang telah membentuk generasi sarjana serta memperkukuh wacana masyarakat dan etnik di negara ini. Sebagai Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Prof. Ulung Datuk telah meletakkan asas yang kukuh untuk KITA berkembang sebagai medan ilmu kajian etnik yang dihormati, inklusif dan berwibawa.
Warga kerja KITA amat menghargai kepimpinan, kebijaksanaan dan jasa Prof. Ulung Datuk yang sentiasa menjadi inspirasi kepada kami semua. Semoga Prof. Ulung Datuk terus dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kekuatan untuk terus menyumbang ilmu dan bakti kepada dunia akademik, masyarakat dan negara.
“Jasa dikenang, ilmu disanjung, legasi terus dijulang.â€
Ikhlas daripada,
Warga Kerja Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia