COSNA5, 24-26 Oktober 2017
KITA, Majlis Profesor Negara, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah bekerjasama dengan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang dalam menganjurkan Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan ke-5 (COSNA5) baru-baru ini.
COSNA merupakan program tah
unan yang telah diadakan sebanyak empat kali sebelum ini. Fokus utama COSNA 5 adalah berkaitan dengan perkongsian pengalaman di kalangan ahli akademik, penyelidik, ilmuwan, pendidik dan tokoh-tokoh profesional dalam membincangkan isu-isu integrasi nasional, keharmonian sosial, kesepaduan sosial, perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam membentuk jaringan hubungan etnik yang utuh dan kukuh.

COSNA5 telah berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2017 di Dewan Pembangunan Siswa, Kompleks Cahaya, USM. Tiga orang tokoh KITA telah menyertai persidangan berkenaan iaitu Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor dan Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong. Siswazah dan Alumni KITA turut dilibatkan sebagai urusetia COSNA5.

