Bengkel Persediaan Makalah Buku Mengurus Kerencaman di Malaysia (Siri 1), 24-26 Jun 2026

Siri 1 Bengkel Persediaan Makalah bagi penerbitan buku dengan tajuk tentatif, ‘Mengurus Kerencaman di Malaysia: Kesepaduan Sosial dan Cabaran dalam Masyarakat’ telah diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2026 di Hotel Bangi Resort, Selangor. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Kursi Tun Dr. Ismail (KTDI) dengan kerjasama dari Institut Kajian Etnik (KITA), ¼¯ÃÀÂé¶¹, dan merupakan siri pertama daripada tiga siri bengkel yang dirancang bagi menghasilkan sebuah buku akademik berkaitan pengurusan kerencaman dan kesepaduan sosial di Malaysia.
Bengkel tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 40 orang peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Sepanjang bengkel, peserta mengikuti siri kuliah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Fransisco Budi Hardiman, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. John Roosa. Program turut merangkumi sesi pembentangan abstrak oleh penyumbang bab buku yang dinilai oleh panel pakar bagi memperkukuh kandungan penulisan mengikut keperluan Penerbit ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif sebagai platform pembangunan penulisan akademik, perkongsian kepakaran dan pengukuhan jaringan penyelidikan. Sebagai siri pertama, bengkel ini menjadi asas kepada pelaksanaan dua siri bengkel berikutnya sebelum penerbitan buku akademik, sekali gus memperkukuh kedudukan KITA dan ¼¯ÃÀÂé¶¹ sebagai pusat rujukan dalam penyelidikan berkaitan perpaduan, hubungan etnik dan pembinaan negara bangsa.
Laporan oleh: Nur Hezreen Othman, Pegawai KTDI
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG12 dan SDG17.
Galeri foto @ Facebook KITA:




