Diskusi 2/2023 : Pensijilan Pengurusan Hutan: Pemuliharaan dan Perlindungan Kepelbagaian Biologi

Diskusi 2/2023 telah berjaya disampaikan oleh YBhg. Dato鈥 Shaharuddin bin Mohamad Ismail pada 24 Ogos 2023 bertajuk Pensijilan Pengurusan Hutan: Pemuliharaan dan Perlindungan Kepelbagaian Biologi. Diskusi ini diadakan di Bilik Kuliah Utama LESTARI bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengahari ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Saiful Arif Abdullah.
Antara perkara penting yang dikongsikan oleh Dato鈥 Shaharuddin ialah evolusi pengurusan hutan di Malaysia yang merangkumi aspek pembentukan dasar, governan dan perundangan dan program pengurusan hutan yang antaranya ialah persijilan. Malaysia yang merupakan salah sebuah daripada 17 buah negara mega biodiversiti telah menguruskan perhutanan untuk pemuliharaan dan kelestarian. Malahan Malaysia dikatakan merupakan antara negara yang terbaik dalam mengurus sumber perhutanan negara di mana kerajaan menyatakan komitmen untuk mengekalkan 50 peratus kawasan berhutan negara. Sektor perhutanan memainkan peranan penting sebagai sumber ekonomi negara, menjana peluang pekerjaan (aktiviti ekonomi huluan dan hiliran) dan daripada perspektif ekologi hutan perlu terus 鈥渉idup鈥 sebagai ekosistem yang menjadi habitat kepada flora dan fauna. Pensijilan hutan sebagai satu proses sukarela yang direkabentuk untuk menilai, mendokumentasi dan mengiktiraf amalan pengurusan hutan lestari dan produk kayu yang dihasilkan daripada hutan yang telah disijilkan. Data terkini (2023) melaporkan seluas 5.81 juta hektar hutan dikategorikan sebagai hutan bersijil di Malaysia. Di akhir pembentangan, Dato鈥 Shaharuddin menekankan persijilan pengurusan hutan di Malaysia sebagai salah satu kaedah ke arah pencapaian matlamat pengurusan hutan secara lestari dan seterusnya dapat memelihara kepelbagaian biologi.
Seramai 45 orang peserta telah menghadiri diskusi ini yang merangkumi ahli akademik, wakil agensi kerajaan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar. Berikut merupakan senarai peserta yang hadir.
| Bil. | Nama | Jabatan | Jawatan |
|---|---|---|---|
| 1 | Dr. Mohd Nor Zamri Bin Mat Amin | MTIB | Ketua Pengarah |
| 2 | Almizi Ibrahim | MTIB | Timbalan Pengarah Bahagian Perladangan Hutan |
| 3 | Abdul Rafa Tan | MTIB | Timbalan Pengarah Kanan |
| 4 | Siti Farhana Adnan | JPSM | Pemelihara Hutan |
| 5 | Nurfarhana Binti Ahmad | JPSM | Penolong Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Ii |
| 6 | Siti Aisah Binti Dahlan | JPSM | Pemelihara Hutan |
| 7 | Leonardo Kelly Bin Maluni | JPSM | Penolong Pegawai |
| 8 | Mohd Shafik B Abd Latif @ Ismail | JPSM | Penolong Pegawai |
| 9 | Nor Farha Liyana Yasin | MTC | Senior Executive |
| 10 | Prof. Madya Dr. Norizah Kamarudin | UPM | Pensyarah |
| 11 | Dr. Zakaria Hashim | UITM | Pensyarah |
| 12 | Dr. Azman Abdul Rahman | UITM | Pensyarah |
| 13 | Allen Lian | WWF MALAYSIA | Responsible Forestry Manager |
| 14 | Mugundan Subramaniam | PEKA | Timbalan Setiausaha Agong |
| 15 | Ng Sean Fong | MNS | E-Media & Data Officer |
| 16 | Prof. Madya Dr. Farah Shafawati Mohd Taib | FST 集美麻豆 | Pensyarah |
| 17 | Prof. Dr. Mohamad Bin Deraman | FST 集美麻豆 | Pensyarah |
| 18 | Prof. Madya Dr. Mashitoh Binti Yaacob | CITRA 集美麻豆 | Pensyarah |
| 19 | Prof. Madya Dr. Roslinda Binti Rosli | FAKULTI PENDIDIKAN 集美麻豆 | Pensyarah |
| 20 | Dr. Shamsul Bin Khamis | FST 集美麻豆 | Pensyarah |
| 21 | Dr. Siti Najwa Najihah Bt Shaari | 集美麻豆 | Pelajar / Doktor Perubatan |
| 22 | Dr. Nor Aliya Binti Ayub | 集美麻豆 | Pelajar / Doktor Perubatan |
| 23 | Dr. Nor Azila Muhd Aris | 集美麻豆 | Pelajar / Doktor Perubatan |
| 24 | Dr. Dina Syazana Ho Binti Imran Ho | 集美麻豆 | Pelajar / Doktor Perubatan |
| 25 | Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern | LESTARI | Pensyarah |
| 26 | Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed | LESTARI | Pensyarah |
| 27 | Prof. Madya Dr. Saiful Arif Bin Abdullah | LESTARI | Pensyarah |
| 28 | Dr. Rospidah Ghazali | LESTARI | Pensyarah |
| 29 | Dr. Nor Diana Mohd Idris | LESTARI | Pensyarah |
| 30 | Dr. Nuriah Abd Majid | LESTARI | Pensyarah |
| 31 | Dr. Deivaseeno Dorairaj | LESTARI | Pensyarah |
| 32 | Nazren Leman | LESTARI | Pegawai |
| 33 | Wan Daraputri Binti Razali | LESTARI | Pegawai |
| 34 | Ku Adriani Binti Ku Ayob | LESTARI | Pegawai |
| 35 | Bisharuzi Omar | LESTARI | Pegawai |
| 36 | Mohd Faizol Bin Markom | LESTARI | Penolong Pegawai |
| 37 | Norazmi Bin Abdul Kadir | LESTARI | Penolong Pegawai |
| 38 | Siti Zuhaili Binti Hasan | LESTARI | Pembantu Penyelidik |
| 39 | Siti Zubaidah Hasan | LESTARI | Pembantu Penyelidik |
| 40 | Nurul Hidayah Shamsul Ariffin | LESTARI | Pembantu Penyelidik |
| 41 | Nur Insyierah Bt Man | LESTARI | Pelajar |
| 42 | Tuan Maria Bt Tuan Abd Aziz | LESTARI | Pelajar |
| 43 | Nur Hairunnisa Rafaai | LESTARI | Pelajar |
| 44 | Farhah Izzati Zubir | LESTARI | Pelajar |
| 45 | Hairunnisa Hussim | 集美麻豆 | Pelajar |
| 46 | Farah Humaira Binti Jamalludin | 集美麻豆 | Pelajar |
Laporan disediakan oleh:
Dr. Rospidah Ghazali dan Cik Ku Adriani binti Ku Ayob






