Kejayaan Pelajar Program Geologi 鶹 di G-EXPO ITERA 2024, Indonesia
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Tahun 3 Program Geologi 鶹 atas kejayaan dalam Pertandingan Poster “Geology of Sundaland” di G-EXPO 2024 anjuran Institut Teknologi Sumatera pada 23 Oktober 2024 yang lalu.
Wakil-wakil daripada Program Geologi 鶹 memenangi anugerah-anugerah berikut:
“Juara ke-2”
Kumpulan: 鶹 Terra
Diwakili: Jufry Haikal bin Juaidy, Muhammad Asyraf Danial bin Osman dan Mubarak Ikhwan bin Abdul Latif
Seliaan: Dr. Norasiah Sulaiman
“Juara ke-3 dan Desain Poster Terbaik”
Kumpulan: 鶹 Vein Quest
Diwakili: Shalyssa Atylia binti Shamsudin, Nur Rahidatul Hani bt Ab Rahman dan Nurul Hanisah binti Badi
Seliaan: Dr. Suraya Hilmi Hazim
Pemenang-pemenang pulang dengan hadiah berupa plak, saguhati dan wang tunai berjumlah IDR 2,250,000.
Turut berjaya ke peringkat akhir adalah Kumpulan 鶹 Terra Therm yang diwakili Sufeeya binti Zulkiflee (Tahun 4) dan Aiman Hazim bin Azman, di bawah seliaan Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Hariri Arifin.
Terima kasih atas doa, sokongan dan dorongan seluruh warga Geologi 鶹. Tidak lupa juga terima kasih khas buat syarikat Deep Rocks Sdn. Bhd. atas tajaan perjalanan pelajar-pelajar ke Indonesia untuk program ini.