KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENYAMAN UDARA SEDIAADA USANG KEPADA PENYAMAN UDARA BARU JENIS ‘DX AIR HANDLING UNIT’ SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI DEWAN GEMILANG, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pada 14 November 2025 (Jumaat), telah berlangsungnya majlis penyerahan dan perasmian kerja siap bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Sedia Ada Usang Kepada Penyaman Udara Baru Jenis ‘DX Air Handling Unit’ Serta Kerja- Kerja Berkaitan Di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg Ts. Herwan Sham Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi Jabatan Pembangunan Prasarana ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Sukan ¼¯ÃÀÂé¶¹ Dr. Nur Shakila Mazalan.
Turut hadir Ts.Khairul Anuar Hamid selaku Penyelaras Projek juga Ketua Unit Mekanikal Jabatan Pembangunan Prasarana, kakitangan JPP, Pusat Sukan dan pihak kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf ini.
Kontrak kerja ini telah berjaya diperolehi oleh Syarikat Perkhidmatan Nyaman Niaga Sdn. Bhd dengan kos sebanyak RM 968,715.00 dimana ianya mula dilaksanakan pada 1 Januari 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 12 Ogos 2025.
Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf semula sistem penyaman udara di Dewan Gemilang ¼¯ÃÀÂé¶¹ ini dengan menggunakatan teknologi yang terkini serta moden seiring dengan itu dapat memberikan keselesaan kepada semua warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam melakukan pelbagai aktiviti di dalamnya samada diperingkat Universiti mahupun Nasional kelak.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Jabatan Pembangunan Prasarana dan kontraktor utamanya di atas kejayaan bagi menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Sukan ¼¯ÃÀÂé¶¹ di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf ini.