{"id":3464,"date":"2022-07-18T14:59:21","date_gmt":"2022-07-18T14:59:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/jkkp\/?page_id=3464"},"modified":"2026-03-05T02:09:02","modified_gmt":"2026-03-05T02:09:02","slug":"ijazah-sarjanamuda-kejuruteraan-kimia-2","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/jkkp\/ms\/ijazah-sarjanamuda-kejuruteraan-kimia-2\/","title":{"rendered":"Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Kimia"},"content":{"rendered":"\t\t
<\/figure><\/div>
<\/figure><\/div>
<\/figure><\/div>
<\/figure><\/div>
<\/figure><\/div>
<\/figure><\/div>
<\/figure><\/div>\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\tJabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP)<\/b> menawarkan <\/span>Ijazah\u00a0Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia <\/b>sejak Jabatan ini\u00a0ditubuhkan pada 1984 apabila Fakulti diwujudkan di <\/span>Universiti Kebangsaan Malaysia<\/b>.<\/span><\/p> Kejuruteraan Kimia<\/b> secara langsung terlibat dalam pemprosesan bahan mentah kepada bahan\u00a0berguna<\/b> terutama sekiranya pemprosesan itu melibatkan perubahan keadaan, rencaman dan\u00a0kandungan tenaga bahan yang diproses.<\/b> Prinsip kimia, fizik dan matematik<\/b> yang merupakan asas\u00a0Kejuruteraan Kimia digunakan untuk memahami proses tindak balas kimia dalam reaktor dan\u00a0proses pengangkutan dalam pemprosesan dan pemisahan.<\/b> Prinsip ekonomi dan pengurusan <\/b>pula\u00a0melengkapkan lagi program Kejuruteraan Kimia.<\/span><\/p> Kejuruteraan Biokimia <\/b>yang berasal daripada industri fermentasi menggunakan prinsip\u00a0Kejuruteraan Kimia dalam pemprosesan bahan biologi dan biokimia.<\/b> Bidang ini merangkumi\u00a0pembiakan baka mikroorganisma, penggunaan enzim sebagai mangkin proses biologi dan\u00a0biokimia, dan reka bentuk, pengoptimuman dan kawalan proses untuk proses biologi dan\u00a0biokimia skala besar dan proses penghasilan barangan komersial seperti bahan makanan, bahan\u00a0farmasi dan bahan biokimia industri umumnya.<\/b><\/span><\/p> Bermula dari sesi akademik 2015-2016, program Kejuruteraan Kimia telah distrukturkan semula\u00a0di mana semua elemen Kejuruteraan Biokimia digabungkan ke dalam program ini. Hal ini\u00a0dilaksanakan sejajar dengan keperluan akreditasi serta industri yang menghendaki graduan yang\u00a0berpengetahuan luas mencakupi kedua-dua bidang.<\/b> Ia juga sejajar dengan program Kejuruteraan\u00a0Kimia yang rata-rata dilaksanakan di universiti-universiti terkemuka di dunia.<\/span> Selain itu, <\/span>program pengajian<\/b> juga telah distrukturkan supaya pelajar diberikan <\/span>pendedahan luas\u00a0serta mendalam dalam pengalaman reka bentuk, kerja industri serta penyelidikan. <\/b>Pada akhir\u00a0tahun ketiga, pelajar perlu menjalani <\/span>latihan industri.<\/b> Projek penyelidikan pula dilakukan pada\u00a0semester VII dan VIII. Pada tahun akhir pelajar perlu menyempurnakan <\/span>projek reka bentuk\u00a0keseluruhan loji.<\/b> Asas yang kuat serta pendedahan praktikal ini dipercayai akan menghasilkan\u00a0jurutera yang berwibawa. Struktur kurikulum telah dirancangkan dengan teliti supaya pelajar\u00a0memperolehi pengetahuan yang secukupnya untuk melakukan <\/span>Projek Reka Bentuk Loji Proses<\/b>\u00a0pada Semester VIII. Pelajar mengguna perisian komputer seperti Aspentech \u00ae, iCON \u00ae dan\u00a0Superpro \u00ae untuk membantu mereka dalam Projek Reka Bentuk.<\/span><\/p> Pada tahun 2004, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina 集美麻豆 telah merintis usaha untuk mengubah kurikulum program prasiswazah ke Outcome Based Education<\/b> bagi memenuhi keperluan Lembaga Jurutera Malaysia dan Kerangka Malaysian Qualification <\/b>yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.<\/b> Melalui pendekatan ini, input daripada pihak pemegang taruh diambil kira dalam proses penyemakan semula kurikulum. Hasilnya, terdapat pendekatan pengajaran untuk beberapa kursus ditambahbaik dengan memperkenalkan pembelajaran secara kerjasama, pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran berasaskan masalah. <\/b>Kurikulum baru ini telah dilaksanakan mulai sesi akademik 2005\/2006.<\/span> Berdasarkan input yang diperoleh daripada pihak yang berkepentingan, Fakulti telah membangunkan Objektif Program Pendidikan berikut yang perlu dicapai oleh setiap graduan beberapa tahun selepas mereka tamat pengajian:<\/span><\/p> Berdasarkan input yang diperoleh daripada pihak yang berkepentingan, Fakulti telah membangunkan Objektif Program Pendidikan berikut yang perlu dicapai oleh setiap graduan beberapa tahun selepas mereka tamat pengajian:<\/span><\/p> Sila hubungi Ketua Program di kpkkfkab@ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.<\/span><\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t 4 tahun<\/span><\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t Sila hubungi Ketua Program di kpkkfkab@ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.<\/span><\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t
<\/span><\/p>
<\/span><\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t