Berita | Centre for Innovation & Technology Transfer /inovasi-ukm Centre for Innovation & Technology Transfer | Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi Fri, 08 May 2026 03:28:26 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 鶹 Raih Pingat di AHIN 2026, Perkukuh Kecemerlangan Pengurusan Harta Intelek /inovasi-ukm/ms/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-perkukuh-kecemerlangan-pengurusan-harta-intelek/ /inovasi-ukm/ms/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-perkukuh-kecemerlangan-pengurusan-harta-intelek/#respond Wed, 06 May 2026 07:54:20 +0000 /inovasi-ukm/?p=14808 鶹 terus melakar kejayaan apabila menerima pingat perak bagi Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) sempena Majlis Anugerah Harta Intelek Negara

The post 鶹 Raih Pingat di AHIN 2026, Perkukuh Kecemerlangan Pengurusan Harta Intelek first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>

鶹 terus melakar kejayaan apabila menerima pingat perak bagi Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) sempena Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pencapaian ini meletakkan 鶹 sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai sebagai finalis bagi kategori tersebut, bersama penerima lain dari sektor industri iaitu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menerima pingat emas dan Monsta yang menerima pingat gangsa.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan 鶹 dalam memperkukuh pengurusan harta intelek serta keupayaan menterjemahkan hasil penyelidikan kepada teknologi berimpak tinggi yang berpotensi untuk dikomersialkan ke pasaran dan industri.

Selain itu, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz 鶹, Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri, turut meraih pingat gangsa bagi Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi inovasi MyB Prosthetic Limb. Inovasi ini dibangunkan dalam bidang prostetik dan ortotik khusus untuk individu dengan amputasi bawah lutut melalui syarikat pemula, MyB Innovation Sdn. Bhd.

Kejayaan ini turut mencerminkan keupayaan warga 鶹 dalam memacu penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat serta menyokong pembangunan ekosistem inovasi negara.

 INOVASI@鶹 akan terus komited memperkasa agenda pengkomersialan dan pemindahan teknologi bagi memastikan hasil penyelidikan universiti dapat dimanfaatkan secara meluas oleh industri dan komuniti.

Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@鶹™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi

The post 鶹 Raih Pingat di AHIN 2026, Perkukuh Kecemerlangan Pengurusan Harta Intelek first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
/inovasi-ukm/ms/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-perkukuh-kecemerlangan-pengurusan-harta-intelek/feed/ 0
LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti /inovasi-ukm/ms/lawatan-tapak-geliga-heritage-sdn-bhd-inisiatif-pemindahan-ilmu-pengkomersialan-komuniti/ /inovasi-ukm/ms/lawatan-tapak-geliga-heritage-sdn-bhd-inisiatif-pemindahan-ilmu-pengkomersialan-komuniti/#respond Wed, 04 Mar 2026 00:28:16 +0000 /inovasi-ukm/?p=14595 Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah 9–11 Februari 2026 Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@鶹™) telah melaksanakan lawatan tapak bagi menyempurnakan fasa pemindahan ilmu dan teknologi kepada

The post LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>

Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah

9–11 Februari 2026

Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@鶹™) telah melaksanakan lawatan tapak bagi menyempurnakan fasa pemindahan ilmu dan teknologi kepada Komuniti Dumowongi, Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah melalui syarikat pemula 鶹, Geliga Heritage Sdn. Bhd.

Inisiatif ini merupakan projek di bawah pembiayaan Program i-SEE SME Corp bernilai RM190,000 yang bertujuan memperkasa komuniti B40 melalui penghasilan produk nilai tambah daripada hasil pertanian yang ditolak pasaran, khususnya ubi keledek dan bawang.

Melalui pendekatan berstruktur, komuniti telah menerima:

• Mesin pemprosesan yang dibiayai sepenuhnya di bawah geran

• Latihan teknikal secara hands-on

• Pemindahan “Modul Pengeringan Tanaman Sayur” yang dilindungi hak cipta MyIPO

• Pelesenan know-how secara rasmi bernilai RM30,000

Sepanjang sesi pelaksanaan, komuniti berjaya menghasilkan kelompok percubaan melibatkan minuman ubi keledek, kerepek ubi keledek dan bawang goreng, membuktikan kesiapsiagaan untuk memulakan pengeluaran komersial.

Sebelum projek ini dilaksanakan, hasil pertanian yang tidak memenuhi spesifikasi pasaran sering dibuang dan menyebabkan kerugian pendapatan kepada petani kecil. Kini, hasil tersebut diproses menjadi produk hiliran bernilai tambah yang berpotensi dipasarkan secara terus kepada pengguna.

Inisiatif ini bukan sekadar latihan biasa, tetapi satu model pemindahan teknologi yang formal dan berintegriti melibatkan struktur pelesenan yang jelas. Ia memperlihatkan model ekosistem yang mampan

Program ini turut membuktikan komitmen INOVASI@鶹™ dalam menggabungkan agenda pengkomersialan teknologi dengan impak sosial yang signifikan kepada masyarakat luar bandar.

INOVASI@鶹 akan terus komited memperluas model pemindahan ilmu berimpak tinggi demi menyokong pembangunan ekonomi komuniti dan memperkukuh peranan universiti sebagai pemangkin inovasi negara.

Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@鶹™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi

The post LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
/inovasi-ukm/ms/lawatan-tapak-geliga-heritage-sdn-bhd-inisiatif-pemindahan-ilmu-pengkomersialan-komuniti/feed/ 0
Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 鶹 ke INOVASI@鶹 /inovasi-ukm/ms/lawatan-kerja-timbalan-naib-canselor-hal-ehwal-penyelidikan-dan-inovasi-ukm-ke-inovasiukm/ /inovasi-ukm/ms/lawatan-kerja-timbalan-naib-canselor-hal-ehwal-penyelidikan-dan-inovasi-ukm-ke-inovasiukm/#respond Tue, 06 Jan 2026 06:36:56 +0000 /inovasi-ukm/?p=14518 INOVASI@鶹 telah menerima Lawatan Kerja daripada YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) pada 5 Januari 2026 bertempat di

The post Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 鶹 ke INOVASI@鶹 first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
INOVASI@鶹 telah menerima Lawatan Kerja daripada YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) pada 5 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat INOVASI@鶹.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara menyeluruh kefungsian INOVASI@鶹 meliputi aspek struktur organisasi, objektif, pelaksanaan fungsi, pengurusan sumber manusia, aset, kewangan serta perbincangan berkaitan isu dan cabaran semasa.
Sesi ini turut memberi ruang kepada interaksi dua hala bersama warga INOVASI@鶹, sekali gus memperkukuh kefahaman, penyelarasan hala tuju serta komitmen bersama dalam memperkasakan ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi universiti.
INOVASI@鶹 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail meluangkan masa untuk sesi lawatan kerja ini.
Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@鶹™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
The post Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 鶹 ke INOVASI@鶹 first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
/inovasi-ukm/ms/lawatan-kerja-timbalan-naib-canselor-hal-ehwal-penyelidikan-dan-inovasi-ukm-ke-inovasiukm/feed/ 0