MAJLIS PELANCARAN PEMULA@¼¯ÃÀÂé¶¹, GERAN TRANSLASI ¼¯ÃÀÂé¶¹ DAN PERASMIAN AKADEMIA SIBER TEKNOPOLIS
Last Updated on: 08/08/2023Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Yang Berbahagia Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, merasmikan PEMULA@¼¯ÃÀÂé¶¹ di Akademia Siber Teknopolis hari ini.
PEMULA@¼¯ÃÀÂé¶¹ dibangunkan oleh Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@¼¯ÃÀÂé¶¹) bagi membuka peluang kepada warga akademik ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan pelajar untuk menubuhkan syarikat pemula yang berdaya saing di Malaysia dan antarabangsa.
Akademia Siber Teknopolis turut dirasmikan pada majlis yang sama. Bangunan ini telah direka dan dibina berdasarkan konsep ‘industrial look’ dengan memenuhi spesikasi yang telah ditetapkan dan keperluan penyelidikan yang akan dijalankan oleh pihak FKAB dan Institut IR4.0.
Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan ¼¯ÃÀÂé¶¹ turut melancarkan Geran Translasi ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang menjadi pemangkin kepada para penyelidik ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk menggerakkan penyelidikan translasi yang berkeupayaan menterjemahkan output yang berimpak tinggi.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, merangkap Pengerusi ¼¯ÃÀÂé¶¹ Technology Sdn. Bhd. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad , Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pengarah INOVASI@¼¯ÃÀÂé¶¹, merangkap
Penyelaras Induk Program PEMULA@¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain.
@¼¯ÃÀÂé¶¹
SUMBER : @¼¯ÃÀÂé¶¹Official























