Majlis Apresiasi Pengkomersialan dan ICCon 2022
Last Updated on: 08/08/2023Pada hari ini 19/12/2022 telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Pengkomersialan dan ICCon 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Johan Idris, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, diiringi oleh Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi.
Majlis Apresiasi Pengkomersialan 鶹 2022 buat julung kalinya diadakan oleh INOVASI@鶹
bertujuan bagi memberi penghargaan di atas kecemerlangan pusat tanggungjawab (PTj) dan penyelidik dalam merancakkan aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan 鶹.
Seramai 21 orang penerima anugerah telah dinobatkan mengikut dua kategori utama iaitu Anugerah Apresiasi Pengkomersialan peringkat PTj dan Anugerah Apresiasi Teknousahawan (kategori individu mengikut niche penyelidikan).
Disamping itu, INOVASI@鶹
juga memperkenalkan satu platform yang dinamakan Portal 鶹 ACE yang telah diperkenalkan oleh Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi 鶹.
Portal 鶹 ACE merupakan platform dalam talian bagi membolehkan pihak industri dan masyarakat umum mengakses hasil inovasi terkini 鶹 di mana-mana sahaja.
Seluruh warga INOVASI@鶹
mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua menerima anugerah Majlis Apresiasi Pengkomersialan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun yg akan datang.











